Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

18 January 2017

Trip to Redang Islang

This was last year bulan October. Tak ingat exact date. Awal2 gitu lah.
Ni bukan pegi bercuti sendiri, tapi ikut Team Building ofis mr p. 

Redang ni aku belum pernah sampai. Tengok org pegi mcm best. So bila di offer nak ikut ke tak, harus menggebu2 nak!



Sampai kat jeti diorang kata keropok lekor ni sedap. Ok lah bagi aku. Ok ok pun, 2 bekas habis jugak kami anak beranak. 





Naik bot pegi resort. Laguna Redang nama resort tu. Journey naik bot lama la jugak. Tertido2 aku dalam tu. 


Dah sampai!!!


Sini sampai2 je ada briefing dulu. Bagitau itu ini gedebuk gedebak, then pegi lunch. Lepas lunch baru masuk bilik. 




Room is okay. Luas. Cuma memula aku terkesima tengok tv besar gedabak. Wifi pun tak de. But later I learned that tempat2 mcm ni, memang hiburan tv wifi ni semua dikurangkan. Dah dtg jauh2 takkan nak duduk bilik je kan.

Yup, make sense.





Bawak bebudak main archery. Tapi hujan puak so dpt main kejap je. Baik pulak brader kat tempat tu dia bagi balik je duit aku walaupun main kejap.


Memang cantiklah kat sini. Kat sini package ada 2 kali snorkeling. Kat Marine Park and Open Water. Pagi next day tu kitorang pegi ke Marine Park. Mmg cantik! Tapi cuaca mmg panas. And kaki sakit habis sbb terpijak2 coral yg tepi2 pantai.

Plus ntah la, dah tua kot. Mcm dah tak de excitement nak berimas2 basah2 pasir2 panas2.

So petang tu tak de sapa pun yang berminat nak pegi snorkeling yang Open Water (ke Open Sea?).

Mr p join activity main game dgn bebudak ofis dia and aku melayan Sofeya berendam kat pool. Balqis pulak mcm nak demam so terbaring je dalam bilik.




The first day tu, ada activity team building. Aku tumpang sekaki ambik Strength Test by Gallup ni. Test ni utk determine kat mana strength kita, so in a company, boleh tahu mana nak letak an employee, so they (the employee) will be performing his/her best at the task given.

Contoh mcm gambar kat atas. 

Dia suruh tulis 'I AM TALENTED' 3 baris. Mula2 dengan tangan kanan. Then dgn tangan kiri. Message yang nak disampaikan, walaupun task nya sama, dan end the end dpt result yg sama (paham jugak tulisan walaupun buruk) tapi tangan kiri lebih effort and more resistance nak menulis.

Mcm tu la bila kita nak hire employee. Kena tau strength and weaknesses. 


Aku punya result?


Ada la dia elaborate top 5 strengths. Yang betul2 aku ingat ialah aku ni very Consistent and Analytical. Kiranya kalau nak bagi jawatan kat aku, COO (Chief Operating Officer) or anything in operations would be the best for me.

Sebab tu my line of work dulu dalam bidang Quality Management. Kena ada set of process. Set of rules. Kena follow. Checklists. Planning. etc.


Lepas tu lagi satu benda penting yang aku belajar, kita kena focus more on strength, less on weaknesses. Kalau ikut rule, 80% effort on strength, 20% on weakness.

Contoh dlm pelajaran anak2, kalau tengok dia lemah maths, normally kita akan spend time/money on tuition for maths. Tapi kita patut jugak focus on her strength contoh kalau dia pandai English, supaya dia boleh betul2 excel in English.


Paham?


Dah la penat aku bebel. okbai.



17 January 2017

London 2016 - Bicester Village

Ni another day trip luar London. Selang sehari lepas kitorang pegi Manchester. Mmg plan utk selang sehari so tak de la penat sgt.

Penat weih day trip ni. Train je 2-3 jam. Pegi balik dekat 6 jam dah. 

Kita yg dewasa pun penat, bebudak lagi la kan. Alhamdulillah Balqis and Sofeya tak banyak karenah. Diorang pun dah besar. Cuma Sofeya je la dia tu kalau jalan lebih sikit mmg kaki cepat sakit/lenguh.
Mujur la ringan. Boleh gagah lagi la aku dgn mr p gilir2 dukung.


Ni pun pening memikirkan transport nak pegi balik. Byk yang aku google org naik bas. Katanya lagi murah. Tapi mcm lama sgt sampai 3 jam. Area bawah apartment kat Bayswater tu ada nampak iklan transport kereta. Tapi bila ditanya harga dlm 100++ pound. 


Last2 mr p jumpa train tiket, pilih2 time yg paling murah so dpt tiket total 58 pound for everyone!



Sbb nak tiket murah, so kena tengok timing jugak. Time we all pilih ni only gives us around 3 1/2 jam je kat sana.


Depends on korang jugak, kalau mmg nak masuk semua kedai and belek semua bag, mmg tak cukup lah. Tapi mcm aku, dah tahu apa nak beli, dah tahu apa kedai nak masuk, so 3 jam lebih tu mmg sangat mencukupi.



Naik train ke Bicester from Marylebone Station.




Rakyat jelata naik train




Eh ehhhh tuan tanah kedaung dah sampai!


Turun kat Station Bicester. Ada lagi satu station North Bicester ke apa nama ntah.. tapi bukan yg tu ye. Turun kat sini je, 3 minit jalan dah sampai.
Tempat makan rasanya mcm tak de kot kat sini. Tapi mmg kitorang tak mencari pun sbb dah bawak bekal.




Bawak luggage bag terus senang.


Sebelum shopping boleh transform jadi stroller Sofeya utk bapaknya bawak pegi playground sementara tunggu maknya shopping.

Selepas shopping boleh sumbat segala mak nenek masuk dlm bag tu terus. Tak payah heret paper bag kiri kanan.


Tempat ni ok je la bagi aku. Maybe sbb tak mencari sgt apa2 kat sini. Pegi cukup syarat ok dah sampai!! Gitu.

Lebih kurang mcm JPO la. Cuma weather best. Kedai2 pun lagi best. Ada Dior, Prada, Gucci, Longchamp.


Tapi Longchamp a bit dissapointing. Aku nak cari beg Neon (or Neo?). Tapi malangnya tak ada. Selection yg ada mmg limited sgt2. Pegi kat butik rege mahal la pulak. Baik beli online kat Malaysia je.


Gitu la citer aku pegi membeli belah. 


Tak seperti yang aku bayangkan la. Kalau pegi few years back maybe aku jadi tak tentu arah keluar masuk kedai. Tapi sekarang mungkin dah berumur, nafsu tu dah kurang. Cukup2 lah apa yang ada.


#ehyeke?



16 January 2017

London Trip 2016 - Manchester Old Trafford Stadium

Trip ke Manchester ni memang nak fulfill mr p punya dream utk ke Stadium ni. Kasik chan wei. Dulu time pegi 7 tahun lepas mana ada nak buat trip luar London bagai2. Kali ni sakan kita berjalan ye.

Mr p kata next trip nak dtg tengok game pulak.

Wahh.. i ok je bang. Dengar NEXT TIME tu pun dah berbunga2 hati kitewwww


Ok so the ticket to the Stadium Tour and the Train to Manchester dah beli siap2 online. Print siap2 and bawak siap2.

So boleh la bajet train nak sampai kol bape, tour kol bape, nak balik kol bape etc.


Tak ingat pulak aku link nya kat mana. Tu lah, dah berbulan2 baru nak update #lempangdirisendiri.


So from our apartment tu, jalan a bit ke bus stop and took a bus to Euston Station.




Train dlm 2-3 hours kot. Aku pun dah tak ingat. Tapi tertido2 jugak la dalam tu. Bekalan makanan harus ada.



Nama train line dia pun aku tak ingat dah. Pepandai la korang google yeh. Ni sementara tengah tunggu train. Sofeya ada somewhere kat bawah tu..hahahha.. kesian kau dik tak masuk frame :p




Sampai kat Manchester Piccadilly Station.  Time sampai tu ada around 2 hours before the tour starts. So sempat kitorang cari masjid nak solat dulu and took a bus to the Stadium.





Here we are!!!

Aku yang tak minat bola sangat ni pun boleh berbunga2 jugak hati bila masuk. Bayangkan mr p yg hardcore minat bola lagi la berbunga2


.

Puas dpt tour 1 stadium. Byk je gambar tapi cam letih pulak aku nak mencari. Hahahahhah

Group tour aku ni ramai betul org Malaysia. Rasanya 1/3 kot mmg org kita je.







Katanya kat mirror ni la Ronaldo dulu duduk lama nau nak betulkan rambut dia.

Budak depan tu tak de kena mengena dgn aku ye.









Dah habis tour, duduk luar lepak kejap makan late lunch. Dah bawak bekal nasik goreng dgn sambal hijau.  Rooney nak sket????? (rooney je aku kenal. lain tu ntah apa nama tatau)


Lepas tu terus ambik bas, patah balik ke Euston station. Ni pun ad gap dlm couple of hours so sempat la kitorang masuk Primark lagi, and solat sebelum bertolak.


Masa kat Primark, ada sorang cashier minah from Arab. Brg2 aku semua dlm bakul so aku dok kuarkan satu2 nak bagi kat dia. Then she said

^(*&(*( up here %%^&*( for you


Pejadah kau cakap sistahhh????? Accent dia pekat ya rabbi and lidah dia mcm pendek so lagi meyukarkan aku nak memahami apa dia cakap. Dah terbangang2 aku mcm tak reti cakap omputih dok "Excuse me?" "Pardon?" 2-3 kali.

Nasib la mr p to the rescue. Berkat tengok bola banyak so dia paham la kot accent diorang.

"Letak je bakul atas tu nanti dia buat"


Oooooooohhhh!


Rupanya dia kata

"IF YOU PUT THE BASKET UP HERE I CAN DO THAT FOR YOU"


Nasib la. Akak tahu sebut LV, Chanel Prada je dik. KAHHHHHHHH


#lempanglagisekali


Anyway, train malam tu delay sebab hujan lebat. And guess what, kitorang dapat 20% duit tiket balik kot.  Jadik la kan. Boleh masuk Primark lagi :)


Ok lah. Nanti sambung lagi. Doakan semoga aku gigih update blog.

03 December 2016

London Trip 2016 - Itenary and Transportation

Our trip was 10 days and 9 nights (8 - 17 Sept).

Memang dan book flight pegi and balik from Heathrow Airport London. Masa tengah discuss itenary dgn mr p, kitorang contemplating nak pegi Paris ke tidak. After so much discussion and consideration, we decided NOT to go.

So this trip ni memang purely nak rilek2 kat London je.


Transport from Heathrow Airport to Bayswater.


Utk children aged 15 and below (kalau tak salah) is FREE. So jimat. Bayar utk 3 org je. Beli tiket pegi balik terus.

Train ni ambik from Terminal 4 Heathrow. Kena transit kat Terminal 2/3. Then take another train to Paddington Station.

From Paddington Station, boleh ambil another train pegi ke area Bayswater.

Kena tengok line mana and take train accordingly.

Kat Bayswater tu ada 2 stations (different track line). Yg betul2 depan rumah is Bayswater Station. About 200 meter lagi ada Queensway Station.


We didn't take train. Kitorang jalan je from Paddington to the apartment. Ada dalam 20 min kot. Sebab memikirkan nak naik turun tangga kat subway tu, baik la jalan je kot.

Eh lagipun kan sejuk kat London..apa ada hal! ecewahhh eksyen!!!






Sakit belakang ke kak? heheheh


Pegi 5 beg. Kau ghase larat ke nak bawak seketul2 tu naik turun tangga kat subway? Idak ler. Heret kat jalan lagi bagus!



Transport around London

Sebab rumah kitorang betul2 kat tengah2 London, so memang banyak jalan kaki je, Naik train memang tak de langsung kot. Cuma pegi balik from Airport and bila nak travel jauh sikit. Sometimes kalau dah sakit kaki tahap nak tercabut lutut tu baru naik bas.

Naik bas pun senang sebab bus stop dlm 200 meter from the house. 


Orang kata kat sana sewa kereta lagi murah. Tapi sebab kitorang masing2 pemalas nak drive so tak de pulak menyewa kereta.


Maybe sebab public transport sangat senang. Contoh kalau ko naik bas, pakai google map je tengok bas no berapa. Siap tunjuk berapa stop yg ada. And lagi berapa stop nak sampai.

Aku terpegun2 kejakunan bila mr p dok ajar aku pakai google map ni. Iye la takut bini dia sesat kalau naik bas sengsorang. Kalau aku boleh selamat dan yakin jalan sorang, korang sure gerenti ok punya lah!

Ada few times kitorang naik Uber.  

Eh pendek citer transport tak de masalah. Payah2 sangat kau jalan je la kaki!



Itenary 

Sebab tak pegi Paris, so kitorang jalan area London saja. Cuma pegi 2 tempat luar London je which is Manchester (Old Trafford Stadium) and Bicester Village. Nanti aku blog in detail pasal 2 trip ni.

Ni pun aku arrange utk cari tempat yang boleh buat day trip je. 

And the trips aku arrange utk selang sehari. So ada time nak rehat the next day. Nasib baik la jugak mcm ni, sebab mmg penat gila by the time balik from the trip.


Sampai Khamis malam.

Jumaat tu  pegi cari bekalan makanan, cari sim kad, and pegi santai kat Oxford Street.

Sabtu seharian pegi tengok Buckingham Palace, Tower Brige, bla bla segala mak nenek tu. 

Ahad aku dgn mr p pegi deting keluar masuk museum.

Isnin Raya Haji. Lepas raya berdesup pegi Oxford Street.

Selasa pegi Manchester.

Rabu pegi Science Museum and rilek2.

Khamis pegi Bicester Village.

Jumaat ambik giliran last minute shopping (aku - mak mertua - mr p) sebab bebudak dah penat so diorang dok rumah.

Sabtu balik.


Nampak mcm lama. Tapi mcm tak cukup sebenarnya.


Every morning (almost) aku dgn mr p akan pegi joging dulu kat Hyde Park.

Every evening bawak Sofeya pegi playground.


Makan (bfast, lunch, dinner) memang masak kat rumah je. Cuma on last Friday dinner tu dah tak masak so makan kat luar.


Gambar, in no particular order.

Anyway haritu aku dah kumpul gambar lawa2 from phone aku / phone mr p and masuk dlm drive kat pc. Sekali pc kaput. Koser dah aku nak download balik. Tengok la apa yg ada.



Beli board game. Malam2 tak de keluar mana2 so empat beranak mengadap benda alah ni je la.



Science Museum. Best tempat ni!



Ai pun nak dukung gak!!!



Sigh.. mcm mana la aku tak jatuh hati kat sini?




Dia pun jatuh hati jugak!



Ini terpaling jatuh hati!! hahahhahaha
#dasarkuatmakan



Sejuk2 ko makan eskrem dikkk




Jalan ulang alik sini 5 jam pun tak pe



Halaaaaaaa bila nak pegi lagi ni??????



04 October 2016

London Trip 2016 - Accommodation at Bayswater

Kali ni aku nak cerita pasal apartment yang kitorang sewa for 10 days and 9 nights masa kat London.

Aku kasik link terus ni ha kat airbnb. Click here

Harga? Tengok sendiri kat link tu. Harga dia berubah2 ikut hari and season (cuti etc). Time we all pegi mmg cuti sekolah. But there are 5 of us. We need at least 2 rooms. This apartment can fit up tp 6 pax

Gambar2 kat bawah ni semua aku ambik from the site itself.

Ada 2 bilik. 



Master bedrrom a bit larger and ada closet. I think dalam closet tu mcm ada babycot (yg folded and kept inside) but not sure coz I never took it out.


Ada sofabed 1 kat hall. 


Dalam closet tu pun siap ada extra blanket and alas utk taruk atas sofabed. Cuma bantal je ada 4 ketul cukup2.Tapi kalau bantal tak cukup pegi la beli bantal kat Primark. Ni kena masuk topik lain. WAJIB shopping kat situ sebab murah hazabedah.


Kitchen. 


So u can cook. (Oven, toaster, microwave, dishwasher, kettle, fridge)

Kuali, pinggan mangkuk, sudu garpu semua ada. Memang senang hidup kat sana!

Washing machine pun ada. 
Tapi tak de dryer. Sangkut je la baju kat mana2 yang boleh.


Actually nearby ada self service laundry. So we tried using the dryer. Sebab tengok harga 1 pound. So dlm 6 ringgit. (yes we calculate everything!).

Was thinking ok la kot. Mahal sikit. Sini 25 minit pun RM4. Boleh lah. Lagipun masa tu asyik hujan so baju tak kering2.

SEKALIK!

1 pound utk 10 minit!!!!

Kau ghase 10 minit boleh kering ke baju? Dah masuk dah pun baju dalam dryer so pasrah je la tambah lagi coin bagi cukup 30 minit.

Cit. 



Towel and brg kat bilik mandi provided.


Bilik air dia seketul jek.

So kalau family korang ni suka memerut 3 org serentak, pandai2 lah ejas masa..heheheh




Location? Betul2 depan Bayswater station.


Tapi sekali pun aku tak pernah naik train kat situ. Ada lagi satu station nearby (dlm 200 meters kot) which is Queensway.  Dua2 ni line yang berbeza so you're gonna have to check it out mana yang kena naik depending on your destination.

Bus station pun dekat. Walking distamce jugak dlm 300 meters. Nak ke Oxford street boleh tunggu bas kat situ dalam 1.50 pound sorang. Kalau rajin, jalan je la. Dlm 50 mins jalan kaki ke Oxford street. 

Area ni, patut la orang panggil Kampung Melayu Bayswater.

Malaysian Hall dekat (selang 2 lane)
Tempat makan halal BELAMBAK
Groceries store banyak
In fact kat each store tu mesti ada section utk halal food.


Lain kali datang memang aku melenggang je. 


This is the building.


Entrance rumah aku (eh?) betul2 sebelah Tesco Express tu. So kena ada access to 2 pintu (bawah and the apartment itself).


Pintu dia canggih oi. (or aku yang jakun). Pakai pin no kat touch screen gitu. Tak de pulak aku ambik gambo. 

So kiranya mmg tak pernah jumpa ownernya pun. Diorang dah email awal2 bagi all the needed info and the access code sekali.


Apartment yang aku dapat ni tingkat 2.


(Ni gambar aku)


Masa sampai kan dah kol 10 malam. Dengan letihnya, sekali bukak pintu bawah nampak tangga menjunam mcm ni. Nak nangis ok.

Tapi rezeki kitorang malam tu. Ada few boys duduk kat luar tengah try nak  masuk (rumah kawan dia tkt 1). So bila mr p berjaya bukak pintu diorang pun tumpang masuk sekali. And menengokkan kitorang ramai pompuan and beg berketul2, they offered nak bawakkan naik.

Aku tanpa was2 terus cakap "THANK YOU!!!!!"


Rezeki jangan ditolak. Kalau nak harap aku angkut beg2 tu memang TAK la kot. Bawak diri sendiri pun aku tercungap!




And, ohhh... Hyde Park pun dekat.

Actually Hyde Park ni sangat besar.  Tapi  nak ke Princess Diana Memorial Playground memang sangat dekat.




Playground ni itself pun sangat besar. Boleh sesat dalam tu!


Tiap2 petang memang mr p bawak Sofeya pegi main. Puas hati betul dia main kat situ. Even made few friends kat sana.


Tempat pun bersih dan terjaga. Everyday memang ramai orang kat situ. Banyak je activity aku tengok org dok buat.


Ni la satu benda yang aku suka sangat kat sana. Bukan tak bersyukur dengan negara sendiri. Cuma bila weather best, kau boleh spend banyak masa buat outdoor activities.

Sini? Most of the time duduk rumah bukak aircond. Hujung bulan meratap bila tengok bil TNB.


Lupa nak update, WIFI sini memang laju. TV pun banyak channel pilih la apa nak tengok.



Well anywaysss


Aku mmg rekemen la kalau korang nak duduk sini. Kalau ada rezeki aku nak ke sana pun maybe aku dok situ gak.

Semoga dapat diskaun utk repeat customer hekhek.


27 September 2016

London Trip 2016 Part 1

Ewah tajuk siap ada tahun ada plan nak pegi lagi keeeee???? #kedipmatakatmrp

Well anyway as some of you may already know aku baru ni pegi bercuti kat London. Bulan 5 lepas kot mr p rajin godek2 tiket sekali jumpa promo MAS airline yang murah.

Sebab nak grab tiket murah so we went earlier (Khamis pagi) sebelum cuti sekolah actually starts.

Mr p tanya "bebudak ada exam tak?"

"TAK DEEEEEEE" terus konfiden aku jawab kahkahhhh

Kami pergi berlima, 4 of us and my mother in law sekali. Best woh jalan dgn mak mertua aku ni. Sakan dia shopping jalan tak tau penat. And paling best mesti lah sebab dia rajin masak. Harap aku memang makan Brahim instant je la hari2. Mak mertua aku rajin, siap masuk kedai cari bawang, sayur etc.



Juadah pagi raya. Nasik lemak and sambal udang.


And yes sempat aku beraya (haji) kat London. Kasik chan la kan. Nak fly 20 tahun dulu tak de rezeki. Walaupun raya haji jadik la kat overthesea!


Selpuih sorang2 depan Malaysian Hall on pagi raya. Memang tak de la pakai baju raya ke hapa sebab lepas smayang terus ke Oxford Street!!!!


Anyway,

Last I went to London tahun 2009. Masa tu memang tak berduit korang tau. Pegi pun ihsan bapak aku belanja kitorang anak-menantu-cucu semua. Dia belanja tiket and hotel. So kat sana aku dgn mr p memang berjimat habis. 

Pagi makan sehabis banyak kat hotel (buffet breakfast) sampai perut kembung. Lepas tu pegi jalan cari tempat yg free entrance je. Then otw balik beli 1 or 2 meals and share makan kami 4 beranak.

Tapi even that, aku suka sangat London ni.

Sebab tu aku nakkkk sangat pegi lagi and kalau boleh nak enjoy sehabis mungkin time ni. So bila mr p said jom pegi and finally booked the ticket,  I am so so happy and mcm nak melompat bintang 15 kali!!




Ni masa sampai kat Heathrow. 2 jam aku beratur nak lepas imigresen. Sebab orang ramai ya rabbi. 

"Hah tu la..nak sangat datang kan??" 

"Biar laaaa I tak de komplen pun kan??"

Ye aku sanggup beratur 2 jam pun 2 jam la. Padahal kalau nak kira time sampai ni dah lepas bed time aku sangat2. Kalau kat rumah mmg dah rabak mata aku. Tapi sebab dah sampai London rugi weih kalau tido!


From airport we took train Heathrow Express ke Paddington Station and from there we walked to our apartment.


Nanti ada masa, aku blog in detail on our itenary, transport, apartment etc.


Sebab nak put everything in 1 post kang boleh muntah berpinau biji mata nak baca.




Kat Westminster Abbey.



RINDUUUUUU!!!!!


02 March 2015

Cerita org Melbourne balik Shah Alam

Last December haritu kak yah balik sini for 2 weeks. Sekali arung nak attend weeding kawan dia kat Penang, so dia balik satu family.

Sejak dia cakap dah book tiket, punya la tak sabar tunggu. Selalu aku yang pegi Melbourne time cuti bulan 3 (wah selalu, mcm kan balik Penang je gaya citer puih). Kali ni diorang balik sini, puas la plan mcm2 nak bawa jalan and makan. 

Tahun ni plak mmg x de plan ke sana dah, Balqis UPSR, and Aisha (anak sulung kak yah) pun ada major exam end of this year (similar to SPM).


Walaupun 2 weeks diorang balik, tapi mcm terasa kejap sgt. Tak nyempat nak bawak jalan byk tempat sbb schedule diorang pun pack. Bukan kak yah je asal sini tapi abg ipar aku pun mmg asal sini tapi dia dah migrate ke Melbourne many, many years ago dari dia kecik.


Tapi satu benda/tempat yang wajib pegi hari2 adalah breakfast kat Nasi Lemak Pak Ayub



Sofeya dgn Aidan menikmati roti canai.


Almost every morning I tell you. Suka pulak diorang makan kat sini. Especially ayam goreng. Aku yang jarang makan kat situ pun tetiba jadi regular..hahha


Sekali order ayam goreng sampai 7 ketul! Sanggup tunggu ayam tu goreng. Sampai kak yah kata


"Hang pi la ambik, aku malu la"


Cait malu konon. Order pandai aku kena ambik kan??


"Wei hang malu esok2 hang balik dah.. aku hari2 lalu sini lagi malu!!!"


Sampai org kedai heran..

"Ratah ayam je ke?"


ye bang.. org aussie tak makan nasik..kahkahkah lempang sekali!



Kat bawah rumah aku about less than 1 km ada lori durian. Kiranya boleh beli and makan kat sana. Heaven la kak yah and kheng jalan kaki petang2 pegi dating makan durian. 

Rojak, sate, cendol, nasik, u name it, semua diorang belasah.



Plannya nak bawa ke Melaka, tapi sbb orientation Sofeya on the 31 December, so terpaksa kensel.


We went to PD Avilion Resort je for 3D2N










Tempat ni mmg cantik. 


Relaxing sgt pegi sana. Tapi sbb time New Year jadi agak mahal. 





Yang paling riuh tak berenti bercakap budak 2 ketul ni.

Nasib la Sofeya mmg paham and boleh cakap english. In fact I think she can understand Aidan punya accent berkat tengok Hi 5 :)

Asal bukak mata je ada je benda nak borak and main. Sampai dalam kereta pun bising ya amat rasa nak ketuk kepala suruh diam kejap.

Diorang beza 2 tahun je (Aidan younger) so mmg boleh sgt get along sesama. Tido makan mandi semua sama.


Hopefully sampai besar la korang rapat ye :)



All of us :)


Tinggi btul abg ipar aku :p



We had so much fun! 2 minggu tak terasa langsung! Agak sedih la diornag nak balik. Tambah pulak ni kira mcm last holiday of the year. Lepas ni ntah bila lagi nak bercuti. Lepas UPSR la kot.


Korang balik la sini lagi tahun depan yeh? 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...