Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

05 January 2016

Dating kawan2 Al Rajhi

Ni cerita dalam 2 minggu lepas jugak.

Actually dah plan jumpa diorang hari Jumaat. Sbb masing2 (diorang je) ambik cuti buat medical checkup. So lepas tu plan nak lepak2 and kopi2. Sempena cuti sekolah ni apa lagi aku pun join lah sekali.

Janji jumpa around lepas solat. Tapi lepas ambik bebudak ngaji around 12++ terus mr p hantar aku ke Kelana Jaya naik train ke KLCC.

Jalan kaki ke Pavilion naik jejantas. Hambik kau sesat2 barat. Nampak nau dah lama tak jalan2 kat KL.



Jumpa Kak Min and Zurin dulu, lunch kat Tony Romas. 


Right habis lunch, yang lain2 pun sampai.




7 best-est friends!


Ni baru geng pompuan. Belum masuk geng laki. Kalau cukup korum, memang boleh terbalik kot Pavillion tu.


Rindu sangat kat diorang tak tau nak cakap. Ada dekat 3 tahun gak tak jumpa diorang. Busy ntah apa pun aku tak paham (aku lah, bukan diorang).

So bila jumpa ni, tu dia tak cukup ailio nak berborak. Lepas sorang, sorang take turn bercerita.



Bak kata Aniza, dah macam MLM talk...hihi



You should see (or I should post) gambar masing2 yang tengah candid bercerita/mendengar cerita. Very the joyah I tell you. Gelak nak pecah perut aku tengok balik gambar semua.


Tapi,

Sebab masing2 harus maintain imej ayu dan gorjes, so aku tepek muka sendiri je la.






Sapa yang ambik ni? Cepat ngaku!


Lawak giler tengok muka sendiri. Tapi gambar ni aku crop ok. Aku adalah pihak yang tengah khusyuk mendengar. Orang sebelah yang tidak mahu dinamakan, beliau adalah pihak pencerita. Expression dia lagi priceless..hahahhahahha

Jgn marah..ailebiu!


Plan masing2 nak balik ikut time ofis hour, so aku bajet dlm kol 5 la. Sedar2, dah kol 6.30!!


Pitam.


Cepat2 keluar dari Coffee Bean.




Dan sambung kejap kat luar tu...hehe.



Tak puas btol jumpa korang. Rindu sangat!


Nanti kita gathering lagi yeh?



06 February 2014

Ni baru betul BFF!

Assalamualaikum,


Korang ada BFF tak?


Mesti ada kan, tak banyak, sikit..


I am truly blessed, that I have a lot of them! To be exact, banyak set of BFFs :)


Ada BFF since kecik, ada BFF since sekolah, ada BFF time keje, and opcos skang ni BFF aku adalah budak 2 ketul ni




alamak ada seketul jek.. lagi sorang x suka bergambar dah.. hmph!





Well anyway, hari ni nak cerita pasal BFF aku yang 3 ketul ni




3 ketul yang makcik2 tu jek.. yang kecik tu generation lain.. hikhik.



Ni BFF dari zaman PPP. To be exact, dah dekat 20 tahun la kitorang berkawan.

Dulu zaman PPP kawan2 panggil kitoang Spice Girls. Masa tu kan tengah hot... err.. the group lah..bukan kitorang yang hot!


Tapi skang, bersesuaian dengan status masing2, we prefer to call ourselves Desperate Housewives!


So, introducing dari kiri...


Bree Van de Kamp aka Ayu.

Aku kasik nama ni sebab rumah dia, SEBIJIK mcm Bree. Kemas, teratur and bersih. Aku teringat satu scene Bree dok mengelap sudu garfu kasik kilat. Masa kat rumah Ayu, aku tengok atas meja makan, sudu garfu teratur tersusun and berkilat2 semua sampai kau tak yah tengok cermin kalau nak betulkan tudung. :p

Impressed yer aku alahai. Terus rasa nak tikam diri sendiri bila balik tengok keadaan rumah!

Balik tu aku terus vaccum rumah. Sampai mr p cakap

"Kalau mcm ni la penangan pegi rumah Ayu, u pegi je la hari2!"

-________-



Tapi Ayu ni mmg wanita melayu terakhir. Pandai masak, pandai kemas pandai segala. Dari zaman PPP dulu pun. Pakai rice cooker je buat mee bandung, kau mampu???

Masuk bilik kitorang, kalau nak tahu katil Ayu yang mana, senang je nak spot. Yang cadar paling tegang and kemas, tu lah katil Ayu!



Susan Mayer aka Hanan aka Mek

Panggil dia Mek sbb dia ni Mek Kelate. Kan ke comel2 mcm awek kelate jugok? Sbb tu la dpt nama Susan pasal comel mcm Susan. And kalau korang kenal dia ni pun ada tempias2 juga la mcm character Susan tuh. Baik hati, honest and senang kalau nak bercakap dgn dia.

Antara bertiga ni, Hanan la paling lama aku lost contact, dekat 10 tahun jugak la.

Rindu sangat tak terkata. Masa peluk tu nak menitik air mata pun ye. Tapi memikirkan bughuk beno rupe aku kalau nangis. urmm.. nevermind.. hikhik...

Padahal dia ni tinggal area Subang/Shah Alam jugak. Tapi  masing2 tak de inisiatif nak get together, until la lately.

Yang sikecik dlm gambar tu is her youngest daughter, Aira. Pandai pulak behave bawak diri time makcik2 ni sembang iye?



Lynette aka Farah

Yang ni tak payah intro panjang2 sbb dah selalu kot masuk belog aku. Kasik chan org lain plak glams iye? Hihi.

Mcm mana dpt nama Lynette?
Ni hanan kasik, sbb katanya antara kitorang bertiga, Farah anak paling ramai!

*nak gelak tapi tahan gelak sbb takut kena marah dgn farah*


Tapi anak tu kan rezeki :) Kekdg mcm syok pulak aku tengok anak2 Farah. Tak sunyi!

Lagi satu aku rasa Farah mmg sesuai dgn watak Lynette sbb dia ni ambitious, career oriented sket. Dia dulu keje private sector then quit buat Unit Trust full time. Sambil2 tu she has her own spa, Hurun Ain Oasis kat TTDI.

*ehem, diskaun ye, mekasih*




So, gitu la intro serba sedikit pasal best frens saya.


Ehhhhh lagi sorang lupa intro



Gabrielle Solis aka yours truly

Ehhh aku kasik nama mesti aku nak yang paling glammmmmm!!

hakhakhakkkk



Anyway,

We were very2 close masa zaman PPP. 
Kawan gelak, kawan nangis. Kawan bercerita, kawan stay up, kawan meluah perasaan.


As time goes by, masing2 sibuk dgn hidup, keje and family sendiri, our friendship grew distance and somehow some of us lost touch.

Tapi ntah la, I think its the age kot. Maybe at our age ni, masing2 dah stable dgn hidup, and mula mencari kawan.

Tapi apa2 pun, I am so glad we did this. Yesterday, setelah sekian lama, jumpa jugak the 4 of us. From 9  - 12, tak brenti2 bercakap masing2 sibuk nak update citer masing2 :)


Promise to have our weekly get together lepas ni ok?


Baru la betul Desperate Housewives!


KLIK HERE : EPHYRA PROMO



25 November 2013

Hardones Reunion

Assalamualaikum,


Ni nak belog pasal kawan-kawan. 


Reunion ni last August. 31 August tak salah aku. Buat kat rumah Eddie kat Pinggiran USJ. 5 minit je kot dari rumah aku ni ha. 

Jangan ditanya apa tu hardones. Tapi this is what we call our batch. Batch ADP3 bebudak IT yang tak lepas fly ke US pas tu duduk diam2 perabih mengaji kat PPP tuh.




Some of us, 13 years ago.


Kiranya friendship kitorang ni mmg lama lah jugak. Most of us kenal since 1995 lagik.


Have I mentioned, I and Farah met each masa interview dengan JPA. Then masa 1st day report kat PPP, kebetulan roommate pulak! 

Kiranya mmg rapat lah masing2 dlm batch ni. Sebab 4 years jugak la belajar sama2. Pagi petang siang malam tak de muka lain melainkan geng2 ni jek. Alhamdulillah friendship berkekalan sampai ke hari ni.

Err.. some of us lah. Ada jugak yang dah tak bercakap and menjauhkan diri. Nasib kau ler..



Tema reunion ni adalah potluck. Sebab tak nak menyusahkan tuan rumah masak byk2. So masing2 bawak makanan masing2. 


Aku? eh eh ehhhhh opcosss la bawak nak tayang  air fryer!!! mihmihmih.


Hahhhh masing2 terkesima tengok airfryer lettew.....


Tapi lepas demo tak berbayar ni, ramai le pulok berkenan and pakat2 beli. 
Ish, rugi aku tak jadi dealer!


Makanan punya la belambak and sedap2 belaka. Almaklumlerr.. semua cas mastercheppppp



Roti jala tuan rumah tak salah aku



Tatau nama and tatau sapa punya




Salad from bebudak 7 serangkai kot




Tatau nama tatau sapa punya




Len kali bawak bekas tulis nama mcm ni... tahu???





Kuey tiaw goreng terlebih haiwan. 



Ni baru 1/4 je kot makanan. Belambak lagik. Ni pun gambar ihsan from bang matt. Harap aku nak ambik, kem salam. Sibuk goreng ayam dgn air fryer katanye!!!



Meh tengok gambar para hadirin dengan anak/bini/suami



The boys. Malas nak taruk nama sorang2 kang glemer terlebih aku jugak susah. 




Apan, and the 7 serangkai girls...


Ok apan aku kena sebut nama kasik glam lebih sket.. sebab... err..jap lagi cerita.







ish ish ishhhhhh *jgn mare*




ni lagi sorang.. *geleng kepala*

*peace!*




anak blur, bapak terlebih2 hekhekk..





tengahkorekgigipakailidahsebabterselitdaging




ok baru pose elok sket..hahahha



ekceli aku ada dalam gambar, tapi tak cukup tinggi :p





ecececec selfie nampak???






All of us.



Ada incident berlaku. Anak2 aku, dok main tembak2 dgn pistol mainan. Masa ni kitorang tgh ambik gambar ni la. Yg si Balqis ni, suruh  Sofeya main2 tembak aku. Yg Sofeya ni pulak, tak de istilah main2 dalam kamus dia. Suruh tembak, mmg dia tembak.

Tembak2...


Bukan kena kat aku...


Tapi...


Kena kat...



APAN!


Betul2 kena kat hidung dia!!





OMG OMG OMG Sorry!!!!!!




Saya sorry uncle!





Mangsa penderaan anak aku. 

With his 5 y.o daughter, Mya. 




7 serangkai girls. Tapi kurang 2 org. Sorang kat Nottingham tengah buat PHD. Sorang lagi tak dtg.




Tuan rumah sekeluarga. Thank you!




Tuan tanah tengah tepon mr p. "Balik lambat sket bolehhhhh???"



Puas hati la dapat jumpa kawan2 lama. Tu yang terlajak2 sampai lepas maghrib baru nak balik. Ikutkan mmg tak balik2 ler. Borak and gossip mmg endless. 




We should do this again!


Next house sapa pulak???



11 February 2011

Feeling blue..

good friends are hard to find kan?
even harder bila dah jumpa, and we have to be apart pulak..

yes we can always keep in touch.
but we all know things will never be the same again.

i just wish that we can always be together.
but that can never happen sebab we have our own ways to go.

you all will always be in my heart.
forever.

huwaaaaaaaa nak nangis!!

02 October 2007

Anak2 sapa nih??



ni la anak teruna farah and ayu.. yg atas tu taufiq, yg bawah tu adam.

taken during our mini reunion few mths ago.

photos taken and edited by my one and only Mr Photographer.

23 August 2007

Gambar mini reunion with ayu and farah


gambar kanak2 riang dgn mak2 dioang yg lagi riang!

adam and alia - muka sebijik!

sori ye muka bapak2 tak der..

taufiq yg comel..

balqis and amirah tak der la plak.. prob. these 2 girls are busy playing in the room... siap main dress up tuh... ikat2 rambut la.. girlsss....

amirah, balqis and adam can get along and play with each other happily.. must be inherited from the mommys :)

bila nak balik lagi ayu?

and farah.. bila nak sushi session lagik nih?

next post - gambar nikah..

24 July 2007

Kisah Benar

Lama la plak tak update blog...bz beb..

Anyway this happened to my ex husband.... citer betul..

He was on his way to 7-eleven kat Bandar Tun Razak, dlm pukul 12 tgh mlm. Tgh stop kat traffic light merah. Kebetulan pintu kereta tak kunci, tingkap plak terbukak. Tiba2 dtg satu motor dgn 2 org lelaki kat tepi, tanya dia "kenapa tak pakai seat belt?" Ex hubby aku pun kelam kabut ler nak tarik seat belt, then org tu suruh dia keluar tunjuk lesen. Ex hubby aku mintak ID polis as identification, agaknya mamat tu dah marah, terus hulur parang kat leher.

They dragged him out and humban dia masuk kat seat belakang. Tah dari mana dtg lagi 2 org lelaki, masuk dlm kereta. Dlm kereta dok bergelut nak lepas, he was beaten up badly kat kepala and leher. After a while of bergelut, finally 1 of them took a pisau and cucuk his thigh dalam2 and toreh panjang2!!!!! OWWWW MY GOD!! ngilunyer aku dgr!

Time tu ex hubby aku dah lemah, sbb darah byk kuar dia pun dah semi conscious. Sedar2, he is in the middle of semak samun. He can see lampu jalan sayup2 kat depan, so berbekalkan semangat and sedikit energy yg ada, dia pun mengesot keluar from the semak samun towards the jalan raya.

Nasib baik ada kereta peronda lalu, picked him up and went to nearest police station (which is in Nilai) and buat report. He was admitted to hospital for 4 days, 25 stitches kat peha. Wallet, hp and car was stolen...

pheww... mcm drama beb.. i cannot imagine what he went thru. kesian dia... kesian sgt. aku doakan semoga dia cepat sembuh.. tak tahu lah nak cakap mcm mana..but i feel so sorry for him.. i wish he doesn't have to go thru all these nasty experiences.. tapi maybe ada hikmah disebalik dugaan ni..

06 March 2007

My prayers is with you!

Ayesha, kamalia's princess is undergoing minor surgery in a while. Kawan2 meh sama2 kita doakan semoga semua berjalan dgn lancar. I'm sure everything will be okay. Lia, u take good care of yourself and your princess kay!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...