Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

22 July 2015

Raya 2015

Hola!

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin uols!

Camne sambutan raya korang? For us, Alhamdulillah, serba mencukupi. Tak tahu mcm mana nak describe, tapi aku happy sangat raya tahun ni berbanding dulu2. 

Mungkin sebab few days before tu sakan aku bergaduh dengan Balqis and mr p (don't ask) so as usual lepas gaduh memang the bonding tu extra best sikit.

Mungkin jugak raya ni pagi2 bersiap kat rumah sendiri, mungkin juga sebab ni first time all 4 of us solat raya sama2.

Atau mungkin jugak Ramadan kali ni mcm meaningful sikit berbanding tahun dulu. Sofeya pun puasa penuh so alhamdulillah syukur. Terawih pun byk kali dpt peluang pegi masjid negeri as compared to previous years byk buat kat rumah je.

Persiapan kitorang so so je. Baju raya pun sorang sepasang buat pakai raya pertama. Raya kedua and seterusnya mmg pakai je la apa yg ada.

Masak? Memang tak la. Cuma aku goreng bihun je pagi raya bawak pegi rumah mak aku.

Kuih? Kemmm salam! Jgn kan buat, beli pun tak de. 


Cuma aku stress sbb awal puasa muka aku tumbuh jerawat seketul tengah2 pipi, and kat situ la dia bertapa sampai sekarang. Lagi best sehari sebelum raya tumbuh lagi satu btul2 bawah dagu. Demn you jerawat.. kau bawak geng ye? 


Anyway moh ler tengok gambar sementara aku rajin. Dah malas kang jawabnya Raya Haji la aku next apdate :p




Selfie dulu apa2 hal. Ni lepas solat raya kat Masjid Negeri. Boleh nampak kan jerawat kat belah kanan? Nyampah!




Us! 

Balqis dah nak sama tinggi dgn aku. Kasut dah 1 size bigger. Baju raya aku pun dia dah plan nak pakai masa majlis raya kat skolah. Tudung aku jgn cakap la..mmg hak milik dia jugak!

Btw aku dgn Balqis pakai tudung Babes and Basic Neelofa. Best gak tudung ni (jakun beli tudung mahal) but somehow I feel tudung ni buat aku nampak gemok.

Eh mesti la kena salahkan tudung! Takkan tetiba aku nampak gemok kan????

Kah kah.




Family photo!

Ni antara reason aku happy. Tau tak last year kitorang tak de family photo masa raya? Sedih tau! Tahun ni mmg puas bergambar!



Pagi raya tu ke rumah parents aku. 

Kat sini cuma tinggal aku and kak mi. Kak ani nun jauh di Canada, Kak yah a bit closer kat Australia.


Later went to rumah pakcik mr p, then gerak ke Melaka. Sambung beraya 2-3 rumah.

This year, surprisingly aku tak makan banyak. Believe it or not aku tak makan lemang/nasi himpit dan seangkatan dengannya langsung!

Bukan nak menjaga sangat tapi mmg tak terasa nak makan.


Cuba kau sua nasi lemak depan mata mmg konfem tak tolak!

-___-


Second day, gerak balik ke KL, otw singgah Seremban/Senawang beraya lagi.



With the in laws!

Kau tengok rambut Sofeya. Ni dia sikat sendiri. K pop la kot tu gamaknya.

Kiri sekali tu kak ina, sepupu mr p. Mak andam masa aku kawin dulu. Pernah mention dah kot sblm ni. Tapi nak citer jugak dia ni lawa nyer aku tatau nak cakap. Kulit tu mmg sebijik telur dikupas. Halus, gebu and glowing.

Heran la aku camne boleh lawa camtu. Nyampah tau!





The girls!


Ni adik2 ipar aku. Kiri Jaja, kanan Shikin. Angah tak de, beraya belah suami dia. Shikin kebetulan suami dia kerja so tak dpt la raya dgn suami. Hana, baby debot di atas tu anak dia yang dah 8 bulan.

Hana ni sedap kalau digomol. Lazat berkrim. Nyamsss.



Gambar ni bila aku zoom, menitik2 peluh kat muka. 

Panas hazabedah. By tengahari, memang dah lencun belengas. Yang aku tak paham, mcm mana orang boleh maintain lawa seharian sampai raya ketiga ke empat korang pakai baju raya.

Raya kedua aku pakai baju kurung pun dah syukur lah. Ikut hati aku pakai suar dgn tshirt jek. 





Aku suka gambar ni!!


Sebab *ehem* nampak kurus! And Sofeya pun nampak mcm ewah vogue habis dgn gaya diri senget pegang henbeg.

Walau henbeg rm15 tapi janji nampak cun kan adik kan!


And last but not least, gambar paling cun!!!





Pitam la korang muntah belahak.


Nasib la, bukan senang aku nak selfie elok2 dgn mr p. Dah dpt yg elok ni aku tak kira nak tayang jugek!!


Lagipun bulan depan anniversary so nak ambik mood sikit. :)







04 August 2014

Selamat Hari Raya 2014

Believe it or not, ni la kali pertama aku tak de gambar raya whole family!


Ntah la apa yang dikalutkan sangat, sempat ambik satu je. Tu pun senget benget and blur. Yang banyak gambar sebab orang dok ambik and tag dlm FB / IG. Tak pe la. Redho. Feeling2 privacy lah sikit kekdahnye.. puih.


Tapi apa-apa pun tahun ni aku memang champion... pasal ni la kali pertama dalam hidup aku incharge masak rendang utk raya. Dari beli barang sampai masak, akakkkkk yang buat tahu!

Terer tak terer?

Bukan utk sorang dua makan tapi TIGA EKOR ayam okeh! *flips apron*



Bahan2 semua aku dah beli on Friday before raya. Takut habis brg and ramai org kalau nak tunggu weekend.


On Sunday tu baru la aku pegi rumah mak aku, bawak brg2 mentah nak masak. Sebab rumah aku kan dapur letrik, nak masak rendang lama2 ni mau bil letrik aku cecah 600 next mth!




Tudia, periuk mcm kan nak masak kenduri!


Tapi tak de la champion mana sgt, takat rendang ayam je la aku masak. Tak larat kot nak masak mcm2. Teringin jugak nak buat menu special pagi2 raya. Cam mee kari ke, nasi minyak ke. Tapi mengenangkan raya aku ni, berkejar ke sana ke mari, lupakan la hasrat tu. Nak mengangkut makanan tu dah satu hazab.


Rendang ni mmg aku tinggal kat rumah mak aku je. Sebab mmg sedara mara akan dtg ke situ visit parents aku. Sebab aku mmg ikut mr p balik Melaka, at least dpt la ringankan beban diorang tolong masak siap2. 


Raya pertama, pagi mr p solat kat rumah mak dia in Subang
Dah setel salam2, kitorang gerak ke Selayang (rumah mak aku). 
Raya kejap kat Selayang, then gerak ke rumah uncle mr p kat Shah Alam pulak.
Then another house in Shah Alam
Then another house in Seremban.
Petang baru sampai Melaka.
Malam beraya lagi satu rumah kat Melaka.

Fuhhh penat!


Raya kedua, dengan bangganya bangun kol 9 pagi. Haibat tak aku?

Pas tu beraya kat rumah relative for lunch.


Baruuuu la dapat bertenang2 ambik gambar. Ni pun ambik from FB orang.



Si tembam dgn Gina, cousin mr p.



Dgn cousin2 mr p. 


Raya ketiga, bangun kol 9.30 pagi. Lagi haibatttt tambah stgh jam!

I dono about KL, tapi kat Melaka pagi2 hujan. Tutup langsir, mmg tak sedar matahari dah naik.

Tapi aku ni, bangsa tak boleh tido lepas matahari dah naik. Memang mengundang bencana nama dia. Sudahnya, memang seharian aku sakit kepala bawak sampai ke malam.

Tambah dgn raya, most of the time spent either dlm kereta atau rumah orang dok makan. Nangis lah jawabnya tahan sakit kepala.


Malam tuh, relative mr p buat BBQ. Ramai2 diorang sewa this one resort / bungalow Casa Rasa Sayang kat Melaka.

Tempat ni cantikkkkkk sangat and with the price (boleh sewa bilik) and facilities yang diorang offer aku rasa sangat2 berbaloi. Makanan pun sedap sangat even aku tgh pening pun boleh makan bertambah2 :p


Antara relative mr p. 


Abaikan muka aku. Memang lipstick ke lipbalm ke satu benda aku tak taruk. Tudung pun belasah tudung syria jek sbb tu la yang paling selesa and senang. Smorang pun dah perasan muka aku penat sangat. Penat pun ye, tapi yang paling x tahan masa ni is pening. 


Lepas makan balik KL mlm tu jugak. Kol 12 lebih malam sampai rumah. Tukar baju kaftan, bukak contact lense and terussss terjun katil.


Esok pagi bangun kol 10 kahkhakhakhakha.. 


Tapi skang dah insaf.. hari ni bangun seperti biasa dah sbb budak2 dah start skolah *yawn*


Kalau nak summary, aku rasa raya ni paling simple kot. baju raya pun x de (recycle baju pakai masa adik ipar aku kawin). Cuma beli utk anak2 je.

Pegi bercuti pun x de. Normally kalau raya kitorang sekali arung pegi jalan terus.

Tapi ok lah, tak de komplen pun. Happy jek smorang. 

Yang penting skang nak kena kasik slim balik.

*pegang perut*



So how's your raya?




23 August 2013

Raya punya cerita part 2

Assalamualaikum,


Aku habiskan cerita raya kat sini je la ye... (cerita raya jek, cerita vacation masa raya tu bab lain)


Part 1 kat sini


Raya kedua, well... raya kedua normally aku dah ada kat KL. Jarang raya kedua ada lagi kat Melaka. Makanya, aku mmg tak prepare bawak banyak baju raya. Seketul je aku bawak yang pakai masa raya pertama.


So bila mr p kata nak pegi beraya rumah sedara mara lagi kat Melaka haritu (raya kedua), aku dah macam..

"err..I tak de baju raya.. pakai skirt je boleh?"

"boleh je.. I pun pakai tshirt jek"


Ok dah dpt restu suami, nothing else matters.. hahhaha...



Ye, I kid you not. Aku pegi beraya rumah kampung2 pakai cenggini jek. Skirt, tshirt hard rock dgn cardigan bodo jek. Dgn anak2 aku skali pakai baju jalan sbb baju raya mmg bawak seketul jek!

Tambah lagi best, mak mertua aku, adik2 ipar, sepupu sepapat makcik pakcik semua pakat pakai baju raya lip lap lip lap.



Bangga plak tuh, jalan depan skali jadi ketua rombongan.



Tak pe la.. aku dah prepare jawapan. Kalau ada jek org tegur aku nape pakai mcm ni, aku nak cakap

"I orang KL, tak biasa pakai baju kurung. Panas lah!" 

*sambil lap peluh dgn muka mintak lempang*


Mihmihmih.



Anyway kitorang beraya, err... I dono exactly where. And I dono exactly what is the relationship. I think sepupu kepada mak mertua aku kot?

Tapi pegi 2 buah rumah. Rumah pertama, dia jamu air, kuih2 and keropok.



Keropok ni, sampai 3 kali mintak refill. Mintak okeh. Bukan tuan rumah offer. 


Pas tu, one of the pakciks pulak pegi cakap "kitorang tak nak makan kuih, nak makan nasik"


So tuan rumah pun MASAK NASIK!



Tak semua lauk ada kat sini but ada sup ketam, masak lemak rebung, masak lemak daging salai and sayur.


I is terliur now.


Sementara diorang masak, kitorang beraya lagi sebuah rumah nearby. Sedara jugak.


Balik rumah pertama and dah ready!




Aku tengok smorang ambik sikit. Menci tau. I is want to take a lot. But I is malu. So trick aku ader lah


"Sofeya!!!! Nak makan apa ni.. mama suap ye????"

*jerit kuat2 bagi smorang dengar sambil cedok nasi 3 senduk*




Pas tu suap Sofeya. As usual dia makan 5 suap, pas tu nak main. Maka the rest of the nasik is MINEEEEE!

*gelak evil*


Tahap kesedapan dia adalah.. eh.. tak tahula cemaner nak describe. Lauk kampung beb. Ada ke yang tak sedap? Rasa nak tambah tau.. tapi mr p pun dah brenti makan.. so pandai2 la bawak diri ye konot..




Shikin. Adik ipar ku. 


Makan and bergambar. I kan multitasking!  Tapi, lupa laki kat belakang, lupa anak kat belakang. Balqis pun ntah ke mana, pandai bawak diri dgn kawan2.





Satu benda unik pasal rumah ni is tandas kat luar!!!




Terkenang zaman balik kampung kat Penang.


Dulu2 rumah tok aku, jamban and bilik mandi mmg kat luar. So kalau nak berry malam2, sila bawak torchlight. Aku tak ingat dah cemaner aku berry dulu2. Tapi kalau terjadi kat aku skang (kena berry kat jamban luar malam2), memang adalah satu penyiksaan. Rasanya mmg aku heret mr p skali masuk jamban. 



Ye, heret masuk, bukan tunggu kat luar. 


Eh kata susah senang sama2 khennnnnn... :p






Dah la tak pakai baju kurung kan. Pas tu kepit beg raya kuat2. 


Ye, anak saya lah tu.



Kak ina. Sepupu mr p. 

Ni la mak andam aku masa kawin dulu. Mmg lawa dia mekap. Tengok gambar ni rasa cam nyesal pose sebelah dia sbb rasa mcm baru bangun tido je muka aku compared to dia. Haha.





The big family.  Mekasih ye, makan sedap. Next year kitorang dtg lagi masak lauk best ye? Saya janji pakai baju kurung lawa2 next year. :)




Tu lah activity for raya kedua. Petang tak de buat apa dah. Tinggal packing sebab esoknya nak pegi USS pagi2 lepas subuh.


Citer USS, esok2 ye. 




21 August 2013

Raya punya cerita Part 1

Assalamualaikum,


This year, we celebrated raya kat Melaka (as usual).  Balik melaka the day before supaya boleh la tolong2 makcik mr p masak apa yg patut kan... tapi as usual mak uteh ni mmg dah siapkan semua awal2 (sebab ada org order dgn dia, so dia masak sekali arung) and dia pun lagi selesa masak sorang.



Ini namanya rendang ayam mahveles.



Malamnyer, lepas berbuka, acara yang ditunggu2 oleh semua budak2.


Ini  budak memang tak tau takut. Dan juga tak tau malu. Haha. Selamba pegi rumah sebelah ambik api from their pelita yang pasang luar rumah. Nasib tak kena halau.



Ini budak main bunga api tapi gaya sopan sket. Anak dara lah katakannnn..


Kecoh kemain mlm tu main mercun. Nampak gambar cam main geli2 jek. Padahal, sampai nak meletup Banda Hilir tu diorang kejekan. Tokey mercun tak lain tak bukan, laki iols lah. Ada jek gambar dia tgh pakai tshirt dgn kain pelikat tgh main bunga api. Tapi biar aku simpan dulu, boleh buat bahan nak blackmail mintak beg prada sebijik.. mihmihmih.


Esok pagi raya smorang pegi solat ramai2 kat Masjid apa nama ntah.. tak ingat aku. Tapi best la, dah lama aku tak pegi solat raya. Ni Sofeya besar sket, aku angkut sekali smorang pegi masjid.

Balik solat, makan lerrrrr what else??



Nasi impit dgn kuah lontong.. or lodeh.. whatevs



Nasi impit dgn kuah kacang



Rendang ahyammmm


Ketiga2 di atas adalah aku punya sorang. MINE. BEKFES. Giler. Mmg aku ceri beri esoknyer. Bukan pasal makanan tak elok tapi sbb terkejut kot perut. But the ceri beri was worth it. Haha. Sebab SEMUA makanan di atas adalah sedap tak terkata. 


Oh ye, sesi salam kitorang was simple je la. Aku dok tgk org punya sesi salam mcm formal semcm. Ye la lain family lain culture kan. Ada yg formal, siap org tua kena duduk and anak cucu kena beratur pegi salam ikut turn. Pas tu ada skrip bagai sambil esak2 nangis.

Ours?

Ko salam dlm bilik je la, or kat ruang tamu, or kat koridor kalau selisih jumpa. Kiranya mcm cukup syarat. Tak de la tak salam langsung. Tapi siyes aku mmg tak reti nak salam sampai nangis2 minta maaf.


Pas tuh... bergambar la.. apa lagik.




Baju balqis sangat cantik. Mcm nak bertunang pun ye. Ada citer disebalik nak membeli baju raya. Jap lagi kita citer ye..




Aku rasa bila pose cekak pinggang camni otomatik nampak badan cam kurus sket. Tapi somehow muka nampak bulat. Hmph. Mencik.





Dari kiri belakang - shikin (adik ipar), mr p (laki iols ler, lagi mau introduce), mak mertua aku, si muka berminyak tudung pink ntah sapa tak kenal, jaja (adik ipar)

Dari kiri depan - atirah (sepupu mr p), sofeya si ketua gengster kampung dusun, balqis si gadis melayu terakhir, syafiqah (sepupu mr p)







Ramai sangat penat nak idetify sorang2. Tapi yg sebelah jaja tu la mak uteh and pak uteh. Mak uteh ni yang pandai hazabedah masak sedap ya amat. Katanya belajar dgn nenek mr p (Mak kepada mak mertua aku). That explains why mak mertua aku pun pandai masak. Adik2 mr p pun semua pandai masak. 





Sesi mengira duit raya anak2. Nampak tu tangan Balqis kat belakang, ntah siapa yang dia nak hulur tangan mintak duit raya agaknya.. hahah


 

Bagai pinang dibelah dua uols....auwwwww....


 

This is my favourite raya photo of our family so far! In fact ni gambar kitorang satu family yang aku paling suka. Nampak sangat ceria kan?




Ok now the story on baju raya. Masuk kedai kuar kedai, then nampak baju yang balqis pakai tu. Nampak kat model patung mcm cukup satu family pakai (Mak, bapak, anak laki anak pompuan). So mmg berhajat nak beli baju ni kasik sedondon satu family.


Sekali Sofeya pulak dah nampak baju pink (yang dia tgh pakai tuh) and berkeras nak jugak baju tu. Aku plak, try2 baju putih tu, tak de size. Balqis sorang je yg ada size.

Malas nak kecoh, we agreed tak payah la nak kepoh sedondon bagai. Belasah je la. 


Next year, aku make sure tempah baju raya bulan January kang. Iols tak kira! Aku tempah for the next 7 years. Guna kaler rainbow cukup 7 tahun. Kah kah.



Lepas bergambar, kitorang pegi beraya. Ni kat rumah uncle mr p.



Si comel tengah mengira duit raya.


 

The big family. 


Stayed here for lunch. Yes. Makan again. Plannyer makan sikit je. But is kenot. Kari kambing kat sini adelah irresistable. Tak pe, len kali kita boleh diet.


Pas tu raya lagi satu rumah, makan lagi.


Petang tu balik Banda Hilir and membuta. Bagus. Syabas. Makan berkodi2 pas tu tido.



Malamyer beraya rumah Wak. Wak ni mcm close family fren keluarga mertua aku. Hidangan wajib raya dia adalah nasi beriani.


Pendek kata, raya pertama ni, semua jenis haiwan dah masuk perut aku. 


Ayam, lembu, kambing, udang, sotong and ikan.


Memag pesta lah korang kat dalam tu!



Raya kedua kita sambung next post lah. Panjang nau, boleh juling bijik mata nak baca.


20 August 2013

Post raya syndrome

Assalamualaikum,


Puas dah korang beraya?


Aku dah.


Sekarang baru hegeh2 nak copy gambar from kamera. Nak resize. Pas tu baru kita citer eh?


Dah balik from Jakarta since Friday. Tapi pepaham je la wiken byk aktiviti. Maka start semlm baru aku buat projek mengemas rumah besar2an. 

Rumah aku ni, diibaratkan, kalau pencuri masuk tu, dia pun konfius. Mesti dia ingat dia dah masuk geledah rumah aku sebelum tu.



ok ni gambar gugle. tapi ada sikit lebih kurang mcm ni la rumah aku.



Semalam, seharian mmg aku unpack and mengemas brg2 sahaja. Belum mop vacuum dust segala. One whole freaking day just to clear all the stuff. Nasib rumah aku kecik. Kalau 2 tingkat, seminggu gamaknye nak kemas satu rumah.

Hari ni, half day aku kemas kitchen only. Petang ni plannyer nak basuh bilik air tapi mcm dah jadi pemalas nampak gaya, so see how.


But for now, aku nak menggodek gambar  mana nak masuk blog. Meanwhile, tengok je la gambar ni ye.



Tak de theme color uols. Theme nyer aderlah hentam pakai apa yg nak. 

07 September 2011

Di pagi raya..

Sebab semlm berjaya menidurkan budak2 TANPA mak budak ni tidur sekalik, maka aku berjaya meng-copy gambar ke laptop.. tapi ni jer la, gambar lain2 masih ada kat adik ipar aku..

Pagi2 raya, mr p, balqis and lain pegi solat. While aku, as tahun2 sebelumnyer, duduk rumah jaga si kecik ni.. Sebab dia well behaved and tak carik pasal, maka siap cepat la kitorang, sempat ber camwhore anak beranak.. :)



u see... my daughter.. like to make make face one!!



dia buat2 pandang tempat lain.. konon tak ready lah...



seriyes nampak mcm muka tak ready.. but nooo.. dia mmg saja buat muka mcm ni!

Then sementara aku nak packing and sambung bersiap.. rasuah japs si kecik ni dgn ipad. Boleh la duduk diam dlm 5-10 menet. Ni semua berkat tunjuk ajar bapaknyer. Harap aku? Memang sangat buta gadget. IPhone yang aku pakai ni pun turun temurun from mr p, and guess what, si balqis yang ajar aku cemaner nak pakai tepon tu.. voley?







Pas maknyer dah siap.. harus la bercamwhore sorang2 pulakss... hek hek..







Then dah balik smorang, maka sesi mengambik gambar and bersalaman satu family. Tapi ni jer la yang slamat masuk camera aku...sib baik ada gak gambar dua beradik ni...







Cam sweet jer tengok diorang dua beradik ni kan? 



Tu je la apdate raya yang termampu... kang dah copy gambar.. ai apdate lagi ye...

tata titi tutu!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...