Showing posts with label umrah2016. Show all posts
Showing posts with label umrah2016. Show all posts

18 April 2016

Umrah Part 3 - Gua Hira'

Aku panjat Jabal Nur uols!

Tapi, err.. tak masuk Gua Hira'.

Citer pendek, sebab sampai puncak Jabal Nur ni, kena turun balik dlm 50 anak tangga camtu baru sampai Gua Hira'. Kaki aku dah menggigil time tu turun setapak terus panic peluk tiang. Gayat. Nevermind thank you. Dari pada aku jatuh tergolek I'll settle the view from atas je.

Citer panjang.

Sampai Mekah Isnin malam. Selasa pagi biras aku cakap "malam ni ada group nak pegi panjat Gua Hira'. Kalau nak ikut boleh la"


Mr p bukan boleh dengar adventure2 mcm ni. Nak je. Tarik aku skali plak tuh. Memula aku cam ok je. Ingat apa lah sangat kannnnnn puih!


Then biras aku bukak citer.

Dia dah sampai few times gak la bawak org. Tapi dah tak larat dah. Selalu upah org je kalau nak jaga jemaah kat atas. Naik ni mmg ok, ada steps/tangga. Cuma kalau problem gayat, payah sket la. 

GAYAT??


Aku memang masalah besar gayat. Mr p pun!


Tapi bila lagi nak sampai? At least once.

So ok lets go.


Ni gambar aku google nak tunjuk betapa tingginya Jabal Nur






Nak panjat pegi malam2 dlm kol 10++ camtu baru bertolak. Memang kena malam kot. Kalau siang2 pitam terbakar.


Ada bas/taxi/coach depending on apa group kau sewa. Bawak sampai kaki bukit. Then kena cam jalan sikit mendaki dlm 100 meter kot sebelum sampai ke starting point.

Actually ada je kereta boleh bawak utk mendaki this 100 meter, but kalau kau sakit jantung jangan berdiri nearby. Sebab driver dia bawak laju nak mampos tak de brek naik and turun sebab nak gain momentum naik bukit I suppose. 

Kalau kau berdiri tengah jalan time van tu naik, sadaqallahulazim selamat jalan ye.


We walked. Time mendaki jalan ni pun aku dah termengah. Steep giler kot!!! Almost 30-40 degrees jugak ke-steep-an dia tuh!

Baruuuu sampai ke anak tangga yg 1st. Time ni dah mencungap!



Gambar in no particular order. 

Lebih kurang camni tangga all the way up. Memang tak susah pun. Cuma kau kena fit. In my case, makan tak brenti, eksesais tak de, memang mencungap la jawabnyer!


At some point, aku nak muntah. Duduk berenti tu dah tentu2 banyak kali. Tapi nak muntah!! Nampak nau tak fit!


Ikut hati memang nak turun balik weih. Tapi tengok ramai pakcik makcik semua rilek je naik. Takkan aku giveup kot? Terpaksa berlakon terer walau dalam hati meronta2 nak balik!!!!






Ni lepas turun kot.. ntah tak ingat. 

Korang tegur jerawat aku siap aku unfriend!!!


Cuaca malam sejuk. Mula2 aku mcm alamak tak bawak jeket. Sejuk camne ni?

Tapiiii once dah halfway (in fact tak sampai halfway) kau dah berpeluh lencun. Nasib tak de jeket. Kalau ada aku campak tepi sbb tak larat nak bawak.






Ni belum sampai atas. Tapi dah nampak pemandangan cantik.


Nak ambik gambar mr p asyik "hujung la sket... lagi..hujung!!"


Deyy aku tergolek bawah kang!!!!


Ish,


So sampai puncak, ada mcm pondok. Ada org jual makanan ringan and drinks. Boleh la duduk kejap. Then ada tangga turun bawah utk ke Gua Hira'.


Kau imagine yeh.


Nak turun tu boleh nampak segala kat bawah. Ada la railing tepi boleh pegang tapi silap langkah terslip sikit memang konfem jatuh. Ok maybe I'm exaggerating abit but that was how I felt.

Aku turun setapak anak tangga, terus menggigil (literally) kaki aku and I have to peluk the railing sbb takut jatuh.


Drama I know..



Mr p sorang je turun. Aku tunggu kat atas.




Kau bayang, mlm ni aku panjat Bukit ni. Esok paginya aku buat Umrah. Lusa pun buat Umrah tak salah aku.

Memang cukup 3 hari 3 malam sakit HUJUNG RAMBUT sampai HUJUNG KAKI.


Tapi bila lagi nak camni kan?

.

It was an amazing experience. Tapi nak suruh aku naik lagi, memang TAK la kot!




09 April 2016

Umrah Trip Part 2 - Raudhah

Cerita nak masuk Raudhah ni aku terdetik nak post sebab its a heck of an experience for me.
Baca cerita orang, nak masuk Raudah ni bukan senang. Berebut2 orang masuk. Then banyak tips aku dapat, pakai tudung/telekung hitam nak masuk sana.

Mula2 aku mcm konfius. Why hitam? Kalau tak hitam tak boleh masuk ke?


Logicnya adalah..

Nak menyamar jadi orang Arab.

Sebab ramai sangat org nak masuk, pintu nak masuk Raudah ni dikawal. Ada time bukak, ada time tutup. (Utk pompuan, utk laki rasanya mmg bukak). 

So bila time tutup, org dah ramai beratur tunggu luar pintu. 

Utk memudahkan lagi nak kawal, org ramai di classify ikut kaum.

So belah2 Arab satu bahagian. Belah2 Malaysia/Indonesia bhgn lain. Tatau la camne diorang classify, agak2 muka je kot.

Kalau muka aku ada chan masuk belah2 Pakistan kot :p


And ppl are saying diorang selalu kasik belah2 Arab masuk dulu.

And  normally belah2 Malaysia/Indon ni selalu pakai telekung putih. 

Soooooo thats why we wear black. So kindda boleh masuk dgn geng org Arab (diorang kan selalu pakai hitam?) so dgn harapan boleh masuk dulu.

Itu yang aku paham. 





Jerawat seketul besar.


Side story japs. Aku dah jumpa skin specialist. My skin is in its worst condition now. Yang dlm gambar ni is nothingggggg. Tu citer lain nanti. Dokter kasik 3 bulan nak treatment. Hopefully sempat la by raya aku nak lawa.



Nasib baik ada adik ipar aku Angah ni. Dia mmg dah biasa buat umrah so she knows the way around there. 


Masa pintu belum bukak, tak yah la nak gi beratur depan2. Sebab nanti dia nampak muka, terus dia halau


"Ibu ibu di sana!!!"


Disuruh kau pegi kat tempat Malaysian/Indonesian berkumpul.


So ikut tips Angah ni, duduk je la kat mana2 nearby. Pas tu tunduk2 sket muka kang nampak nau muka Melayu/Jawa. Sellfie/Wefie sila kurangkan :p


Pintu dah bukak, baru kau pegi masuk.


Orang memang RAMAI ya rabbi.

Ikut la kemampuan masing2. Kalau ko nak masuk dan solat dgn selesa kat dalam tu, sila LARI. Sebab jarak dari pintu ke area Raudah aku rasa dlm 200 meter ada kot. So kalau kau jalan lenggang kangkung, alamat memang kau tak masuk la Raudhah.


We RAN together. Kepit tangan masing2 kiri kanan and we pecut bagai nak rak. Aku dah terbayang2 betapa sesaknya and ntah dapat masuk ke tidak.


Angah was telling us "Raudah carpet hijau!!!"


Sampai satu area aku lalu carpet merah and there it was RIGHT IN FRONT of me terbentang CARPET HIJAU seluas2nya


Terkesima jap aku.


Eh sampai dah? Tak de orang???

OK well bukan la tak de org. Cuma tak ramai org. Masih byk tempat utk kau solat dgn selesa.
Alhamdulillah rezeki aku. First time masuk dpt mcm tu.


Tapi tak lama la. By few minutes org dah mula penuh dan bertolak. Dpt 4 rakaat solat then sila keluar. Jgn selfish nak lama2 sgt. Org lain pun nak jugek.

Ramai org dok ambik gambar. Which makes it even more susah nak bergerak. 2nd time I went, alhamdulillah dpt juga masuk. Cuma tgh2 solat tu tetiba menderu2 ramai org masuk and sampai pijak2 kepala Angah yang tengah sujud.

Aku yang tengah tahiyat akhir terus brenti solat tarik Angah and Balqis bangun. Sebab dah dengar Angah jerit2 "Ya Allah!!!" then tengok atas kepala dia ada orang!!!


Nasib tak jadi apa2. Dah keluar tu boleh la gelak2. Time bersesak tu agak panic jugak la. Sofeya memang aku tak bawak masuk. Dia tu dah la kecik and kurus. Aku rasa boleh patah tulang tangan dia time bersesak2 tu. Balqis dah besar so tak pe la. Aku bawak bagi merasa experience.




Budak comel.

Dia memang seronok trip ni. Katanya nak pegi lagi cuma dia kata

"Tapi these people are sooooo rude!!!" 


Yeah I know what you mean baby...huhuh





Kat Masjid Quba.


Pun ramai orang. Eh tak de tempat yang tak ramai lah. Pegi mana2, kau kena alert and hati2. Memang senang nak terpisah dengan group. Nasib anak aku 2 org je, memang ke mana2 aku pegang kiri kanan. Hilang orang lain tak pe, yang penting anak ada depan mata.

Kat Masjid Quba ni pun, memula nak masuk tu jalan sekali dengan Angah and Mak mertua aku. Tunduk bukak kasut, bangun, diorang dah tak de. So aku masuk solat dgn geng yang lain. Masa nak keluar, tunduk pakai kasut, bangun, ehh diorang pulak hilang.

Balqis dah panic sebab dia tau sangat sense of direction aku ni tak boleh pakai. Bukannya keluar pintu masjid terus nampak bas.

Tapi alhamdulillah nampak mr p tengah tunggu kitorang. Nasib baik. Kalau dia tak tunggu memang haru jugak aku nak mencari bas.


OK la nanti sambung citer lain pulak k...

25 March 2016

Umrah trip and stuff

Hi korang!

There's too many things been going on lately yang I need to blog about.

Sebelum umrah trip, i went to IMKK program by Dr Azizan Osman.
An excellent program I must say!
Need to blog about it soon supaya aku sendiri tak lupa.


Then few days after our umrah trip.

Yang ni banyak sangat benda nak cerita. Dah balik Isnin haritu but today (Friday) masih lagi terasa kepenatan.

Dari Isnin memang non stop tak de rehat lagi. Tambah hujung bulan and rezeki Allah nak bagi order masuk non stop.

Ini bukan komplen tapi syukur.


Cuma nak bagitau aku penat sgt sampai nak update blog mmg tak de masa.
Ni pun curi masa update kat henfon sementara tunggu Sofeya balik sekolah. Keluar awal sikit sbb nak tapau lauk.

Ye aku sejak balik mmg x de masak. Beli, makan luar je keje. Rumah pun belum kemas.

Siang tadi lepas breakfast baring balik sbb kepala mabuk nak muntah.

No, bukan pregnant.

Baring2 sampai tido lena mulut stok nganga tak hengat. Kol 9.15 mr p kejut dia nak pegi ofis dah.
Hantar la ke pintu dgn mata terpisat2 and rambut cam hantu kak limah.

Nasib kau la bang..bini camni. Tapi tetap cun kat hati u kan?

Bluek.


Oh and 21 Mac haritu besday Balqis ke 13. Ni pun kena blog post asing.


And oh oh muka aku masih banyak jerawat. Pasrah dah aku. I think something wrong with my hormones kot. Sbb naik non stop. Stok besar2 and mark hitam2. Walaupun muka aku dah hitam tapi jerawat lagi hitam. Acaner tu.

Im thinking of going to skin specialist. Im that desperate. See how next week. Apa2 pun nak buat next week. Biar aku rehat dulu.


Okla..nanti sambung. Babai.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...