Showing posts with label masak. Show all posts
Showing posts with label masak. Show all posts

06 March 2015

Gadget dapur terkini

Hari ni kembali bersiaran dari dapur.

Nak eksyen kat korang chopper baru kitewww :p








Sebab blender aku tak de the smaller part yang utk blend kering tu (apa nama ntah), so biasanya mmg aku pakai lesung batu la nak tumbuk kalau bawang/cili yang sikit2.


So haritu mr p ke Jusco tengok ada sale pulak menatang ni. Dari 269 jadi 200 jek,

Tarusss sambar seketul sbb dia dah penat dengar aku bebel nak chopperrrr nak choperrrrrr



Weih suka betul dengan benda ni!!!



Sebab nak guna senang.

Nak assemble senang

Paling penting nak basuh pun senang!!


Sekarang ni aku blend bawang banyak2 terus, simpan dlm fridge





U see? Takes only like 3 seconds of chopping to get like this!

Bahagia hidup iols sekarang.





Ready!


Skang ni nak masak mmg sap sap soi. Kalau tidak dulu jenuh time tu la nak masak time tu nak nak kupas bawang.


Selalu seminggu sekali aku akan prepare siap2 bawang ni.


Walaupun aku dok rumah tapi tetap kena cari jalan nak memudahkan hidup especially kat dapur. Ye la kalau dah 3 kali masuk dapur sehari, tak koser la 3 kali nak kopek bawang ye dok?




17 April 2014

Tukang masak?

Assalamualaikum,


KIta semua tahu yang mothers ni memang adalah satu keje yang non stop 24/7 dan merangkumi job scope yang sangat kuas.





Aku pun ibaratnya mcm tu la hari2. Tinggal tak pakai roller rambut tu jek :p



But of you could point out one particular skill / role / attribute yang most appealing to your kids, what would it be?


Paham tak soalan aku?


Contoh, apa yang paling anak kau nampak in you (as mother)?


Adakah sebagai tukang kasik duit je?

Sebagai cikgu?

Sebagai seorang pengemas?

Driver?

Good listener?

Best fren?

Tukang masak?



As for me, I think anak2 aku paling nampak aku as tukang masak.

Ni bukan komplen, just a matter of stating a fact, and actually, I am quite flattered jugak hihi.


Masa mula2 aku brenti keje, lepas balik sekolah je benda pertama diorang tanya aku is

"Lunch apa hari ni ma?"


And benda tu continues till hari ni pun. Bukan takat lunch, few hours before the next meal diorang dah tanya

"Dinner apa mlm ni ma?"

"Esok pagi breakfast apa?"


Gituh.



Ada sekali tu aku borak2 dgn Sofeya, tak ingat exactly pasal apa. But I mentioned something like

"Kalau mama mati mcm mana nanti?"


And the first thing yang keluar mulut dia is

"Alaaa.. sapa nak masak nanti? adik nak makan apa?"


Aikkk.. masak yang kau risau ye??? 

-_____-



Between Balqis and Sofeya, Balqis lebih senang in terms of makan. Apa yang ada, dia makan je. Leftover lauk semalam pun dia ok jek. Sofeya on the other hand, sangat picky. Maybe at her age kot. Balqis pun masa baya2 gitu boleh tahan picky jugak.

So dgn Sofeya, I have to ask apa dia nak makan siap2 for lunch supaya I can prepare. Most of the time, dia akan jawab

"Adik blum tahu, tengok la nanti balik sekolah adik cakap"


Ish. Kalau balik skolah tu dia mintak telo goreng je tak pe. Ni kekdg mintak nasi dengan sambal dengan sotong. Ingat kedai makan kot boleh order 5 minit lagi siap.


Like this morning, she said nak makan lunch nasi and ayam goreng and kicap.

Ok setel. 


Masa ambik balik skolah, nampak je muka aku terus cakap

"Ma, adik rasa nak makan spageti lah, dengan fishball, yang mama pernah buat dulu, sedappppp!! Adik teriiingin sangat!!!!"


Oi!!!


Mama dah penat2 masak nasik and ayam *eceh, masuk airfryer je kot* skang ko mintak menu lain kan. Tapi nengokkan muka dia terkedip2 mata mcm kan sedap sgt aku masak tu, tak sampai hati la pulak nak tolak.


Dipendekkan cerita, I made her habiskan jugak nasik and ayam, and for tea time aku goreng lah jugak spageti dgn fishball utk bebudak nih.


Tea time okeh. Dinner kang lain plak.



Kat rumah aku ni, breakfast selalu yang simple. Like roti or cereals. Ada sekali tu hari cuti, pagi2 Sofeya tanya aku

"Adik lapar, ada nasik tak?"

"Tak de, ada roti dgn cereals jek"

"Nape mama tak masak?"

"Pagi memang mama x masak. Lunch nanti baru kita makan nasik"

"Lain kali mama masak je la, adik nak makan nasik ok?"


Baik lahhhhh lepas subuh mama masak nasik!










16 August 2011

Menu Hari Ini (MHI)

Korang masak apa untuk berbuka?

Aku ni, awal2 posa semangat hokeyyyyy.. Siap menu bagai2!

Balik keje terus sinsing lengan baju pegang kuali sudip bagai.

Skang? 

Skang????

Adehhhh....


Ko masak la apa2 pun maid oiii. Aku balik, nak baring japs sampai buka.. muangahgahgahgah 


KEJI!


No la..  not to that extend.. (err.. sket2 la)


Cam hari ni aku seriyes malas mati kutu  tak tau masak aper dah. Tambah lagi dgn kebusanan makan nasi lauk hari2. Ingat nak order piza je. Tapi masih ada lagi saki baki semangat nak masak, maka kita simpan dulu plan nak order piza tu di lain hari. dimana semangat nak masak adalah ZERO



For today, aku telah meminta resepi nak buat spageti bolognese yang amat sedap from chef zurin.


 gambar di google



Elehh.. masak spageti pun nak kepoh ke konot??


Ehhhh mesti la kepoh…  sebabbbb resepi ni bukan takat bukak tin prego je tawwwwww… sedap giler I tell yeww.. 1st time makan kat rumah zurin, terus terbukak nafsu makan menatang ni. (sblm ni aku tak gemar sgt spageti bolognese, so so je)


Ok la panjang pulak menceceh.. meh tgk resepi (di copy paste from email empunya resepi)



a)     5 biji bawang besar (kaler kuning tu) - (potong dadu)  

b)     2 tin tomato soup/cream dlm tin (normally I guna Campbell)

c)     1 pek minced meat (nak sedap beli yg minced meat yg supermarket buat sendiri & pek dlm bekas putih tu)

d)     Mixed herbs (mccormick or any brand)

e)     1 sudu cili boh blend (optional, letak skit jek, dlm 1 sudu just nak bg rasa skit, or else mmg rasa tomato tu jek)

f)      1 cubit garam

g)     1 tin cendawan butang dlm tin (any brand will do,  each can potong 2 or 3 if not besar sgt seketul tu)

h)     1 ketul Kiub daging (can be brand maggi or knorr)

i)      5 sudu minyak masak (yg ni boleh agak2 kot)

 Cara buat :-

a)     Masukkan minyak masak, lepas panas masukkan bawang

b)     Lepas bawang kuning masukkan cili blend & kacau (if nak guna cili skit)

c)     Pas tu masukkan minced meat yg dah dibasuh & tos & kacau

d)     After 3-5 mins camtu or lepas daging tu mcm masak skit, masukkan tomato soup tu (dua2 tin skali)

e)     If nampak pekat sgt, boleh campur air panas skit, jgn byk sgt maybe dlm ½ cup camtu & kacau

f)      After 5 mins camtu, masukkan  kiub daging tu & mushroom yg dah dipotong tu & kacau

g)     Sprinkle kan mixed herbs & secubit garam

h)     Kacau kuah tu dah nampak mendidih, means dah nak masak then boleh tutup api – make sure api tak besar sgt sepanjang masak if else bawang & daging tu cepat berkerak kt belah bawah. 
Boleh serve dgn capsicum & shredded parmesan (u can buy cheese ni from giant/tesco/Carrefour) – ada mention shredded parmesan coz klau biasa nye dia berketul sgt..tak sesuai utk mkn ngn spaghetti
 



Ambik kauuu aku copy sebijik2 dari email :). Kalau tak sedap sila salahkan diri sendiri hik hik… 


So apa lagi, aku dah siap2 print dah resepi ni. Lunch kang nak pegi carrefour bawah ofis ni nak beli brg

Happy cooking people!

*kalau jadik aku post esok, kalau tak de post tu maksudnya tak jadik ler.. huhu*









17 September 2009

My ramadhan ekspedition part II

Aku lupa nak habaq in my previous post. Abg fadzil tanya aku brapa jenis kuih buat? Aku cakap ler 2. Mr Photographer kata “eh tak la 3 la.. coklat cip, jem tart, dgn JEM TART RANGUP (HANGUS)”

Cittt kuang asam punya kakanda.

Anyway inilah resepi coklat cip yg aku buat.

Bahan-bahan ( 100 biji )

450g tepung gandum
1 biji telur
250g mentega
115g gula halus
110g gula perang
100g chocolate chips
3 sudu besar cocoa powder
250g gajus(panggang dan cincang halus)
1 sudu kecil baking soda

Cara-cara
Pukul mentega dan gula sampai kembang
Masukkan telur dan pukul lagi
Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
Masukkan gajus dan kacau lagi
Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit

Aku tak mo quote mana aku dpt. Pasal aku ikut resepi ni SEBIJIK SEBIJIK, maka biskut aku jadi KURANG RASA/MANIS and LEMBUT.

So bukan aku la yg tak terer masak kan? Blame it on the resepi muahahahahhaha

Ini pulak conversation aku dgn kak ani (kira2 mcm post mortem / post implementation review lah ni) selepas merasa betapa sedapnya coklat cip dia compared to aku punya.

Aku : eh awat hang punya sedap???
K Ani : heheheh tu la kan??

NYAMPAH

Aku : cepat aaa kasik resepi
K Ani : resepi apanya kan hang tgk aku buat sama ja mcm hang buat

NYAMPAH AGAIN

Aku : Tapi aku buat haritu aku boh gula putih tu aaa.. yg icing sugar tu.. hang tak boh kan ? hang boh gula merah je kan?
K Ani : haa.. cuba try toksah boh gula putih. Paih tu texture dia hang kena agak2.. toksah bagi keras sgt.. toksah jadi lagu plastesin tu.. kena lembut…
Aku : wooooo.. aku punya dulu siap buleh buat bulat2 dgn tgn… mmg sbijik mcm plastesin
K Ani : See.. toksah.. the moment hang buleh adun dgn tgn tu dah salah dah tuu.. hang nak bakaq tu hang cedok dgn sudu jaaa
Aku : eh kawan aku kata buleh pakai emplex la.. emplex tu menatang apa?
K Ani : alaa… ada jual.. tak payah pakai pun x pa..

Ghope2 nye emplex ni mmg known worldwide eh ? aku jer yg tak tau ek? Hehhee

Aku : alaaa abih tak yah pakai lagu mana nak bagi rangup biskut aku?
K Ani : hang ikut jer la cara aku!! Hang start dgn 250gm butter.. pas tu tambah gula dlm 220-230 cam tu la… pas tu tambah 3 bijik kuning teloq.. pas tu agak2 tambah cocoa powder ikut hang nak hitam lagi mana biskut hang.. camput coklat cip.. pas tu baru masuk tepung sikit2..
Aku : Aku boh tepung haritu 450gm for butter 250gm. Byk eh?
K Ani : byk la tuhhhhhhh..

So korang pandai2 la extract the altered version of kak ani punya resepi of coklat cip. Seriyes sedap.. tak yah beli famos amos dah!

15 September 2009

My ramadhan ekspedition

Expedisi tuhhhh… Dah nak raya baru sibuk update pasal puasa hahaha..

Memula puasa.. semangat aku nak masak mmg berkobar2. Siap buat list tuhhhh.. menu apa utk buka.. senang kan.. dah plan. Siap dah carik resepi. Tinggal nak masak jer lagik.

First week, as u all know, anak aku masuk spital. So 3 hari aku berbuka makanan spital. Then, memula tu aku ada lagikla saki baki semangat memasak. Balik jer keje, aku start masak. Still ok, pasal aku masih on off dtg keje nengokkan si Sofeya tuh.

2nd week.. aku dah keje full time. Berbekalkan semnagat yang masih ada, aku suruh jer maid aku kuarkan brg2 basah nak defrost, balik tu aku tinggal masak jer.

TAPI

Asal balik jer keje, anak2 aku pakat2 terkam aku. Balqis tu ok la lagik, dah paham klu aku cakap jgn kaco. Sofeya tuh, klu terkam aku mmg tak hengat. Nak nenen kurang2 ½ jam. Melepek la aku depan TV lepas balik keje dok bergolek dgn dia. Masak ke mana apa ke mana. By the time aku nak masak, dah kalut.

Iskk.. ini macam tak boleh jadik.

Mr Photographer ada suggest suruh aku masak siap2 either awal pagi or mlm b4. Aku ni la pulak, kalau bulan posa, ada penyakit EXTRA PENAT. Mcm last year, aku siap tertido atas motor everytime balik keje, tersenguk2, berlaga2 helmet kitorang.

This year, kurang sket penat, but still penat la.. asal letak jer kepala atas bantal KONFEM tido. So harapan nak masak mlm2 or awal pagi tu mmg boleh lah dilupakan..

3rd week.. aku pasang plan baru, aku suruh maid aku masakkan satu dish siap2 time sofeya tido siang2 hari. Balik tu, aku masak additional dish, anything in specific yg Mr Photographer or Balqis request.

So far, this plan works, hehehe. Ni citer pasal aku nak buat kuih plak.

HAAA KONOT NAK BUAT KUIH????

Sudah jgn nak kutuk. Haritu aku dgn semangatnyer nak pinjam mixer kak ani (Again, semangat musti tip top!). Pas tu balqis cakap “Ma.. ni 1st time mama buat kuih kan?”

Caittt… kok ye pun jgn la cakap kuat2 nak oiiiiiiiiiii

Memula aku plan nak buat PELBAGAI jenis kuih. Coklat cip la.. jem tart la.. butter cookies la.. cornflakes madu la…Mr Photogtrapher said dia suka coklat cip dgn jem tart. So ok la.. aku start buat 2 ketul tu dulu.

Coklat cip siap. Mr Photographer said sedap. Tapi aku rasa ada something wrong, pasal dia tak rangup. Rasa cam lembut2 plak. Nasib baik aku buat sikit, 1 adunan jer (dlm 80 pieces). So sudahnyer habis kat Mr Photographer dgn balqis jer la.

Pas tu kak ani plak try buat coklat cip. Hek elehhh pompuan ni buat mmg aaaa sedap! Menci tauuuu… Mr Photographer dan dan tu cakap soh kak ani ajar aku camner buat sbb sedap sgt. So aku pun panggey kak ani.. "meh la dtg rumah, hang adunkan utk aku.. tunjuk sket camner jadi rangup coklat cip tuh"

So dia pun dtg, tlg adunkan.. and sbb aku tak larat sgt mlm tu, aku simpan dulu doh nyer dlm fridge, plan esok nak bakar. Esoknyer kak ani call aku “hang nak aku bakarkan x? Aku kesian tgk hang tu dgn anak kecik lagi..”

Wallauwey pucuk dicita ulam mendatang.. aku dgn segera bergegas ke rumah dia bwk doh aku dgn tak malunyer. So coklat cip yg ada kat umah aku skang mmg sedap ya amat. Kalau nak lagi nanati aku suruh kak ani buat lagi wakakaka

Jem tart aku plak lain citer. Jem nyer aku TAK KOSER nak buat. Aku beli siap pineapple jem paste. Then aku buat doh dia ikut resepi, buat cara gulung, and bakar. 1st batch bakar, HANGUS. 2nd batch onwards.. cantek… hehehe

TAPI

Sgt lah lecehnya buat jem tart eh? Now I know la kenapa org2 yg pernah buat jem tart, next year tu dia surrender dah tak mo buat. AKU PUN TOBAT TAK MO BUAT DAH

Errr.. tapi mcm kena buat lagi jer.. pasal jem paste ader lagi.. Mr Photographer pun mcm suka makan, maka saya sebagai isteri mithali akan bekerja keras utk membuat jem tart lagi.

Tapi next year tak mo dah... sungguh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...