Showing posts with label mr p. Show all posts
Showing posts with label mr p. Show all posts

17 July 2014

Birthday mr p!

Assalamualaikum,


Agak lama menyepi since last week, sebab busy (duh, nothing new!)

Mula2 Sofeya masuk hospital, a day after her birthday. Tu nanti citer lain, kot la aku rajin esok2.

Then apart from that, entah la I also dono what else yang aku busy sangat sampai tak terupdate blog. Sometimes I just have plenty of things in my mind, especially mcm mana nak grow Kay Parlour, the obstacles, the opportunity etc. But end up bila memikirkan aku sorang je yang kena buat semua A-Z, letih pulak rasa.

Tambah bulan puasa, mmg physically agak letih, considering aku ni mmg tahap wajib tidur 8 jam sehari. Anything less than that mmg bakal mengundang migraine dan eye bag.


Eh ini bukan komplen ye. Nak citer je. 


Tapi tak pe, bulan puasa dah tak lama. Lepas raya boleh tido cukup2. Skang ni la masa nak grab all the pahala opportunity that we can, no?


Alamak lari topic!!



Sebenarnya nak kepoh, hari ni birthday mr p!




*clap clap clap clap*



Baru masuk 35 bang???? Ai lagi 3 tahun masuk 40 dah..sobss *lap air hingus*


Tapi tak pe.. yang penting bila jalan dgn Balqis org ingat kakak-adik.

*kena up jugak diri sendiri*



To mr p,

Happy birthday,
Semoga Allah berkati umur, dimurahkan lagi rezeki. Semoga hidup sentiasa dalam rahmatNya.

We love you, forever.



23 July 2013

Birthday surprise tak jadik

Assalamualaikum,


Alahai lamanya tak update. Bulan puasa lah katakan.. :p



Last week kan birthday mr p? Kalau korang baca blog aku dari dulu, memang aku jarang sgt buat surprise untuk dia. Errmm.. tak pernah kot. Haha. Mainly sebab mr p sendiri tak suka. Plus, agak payah nak surprise bagai sebab dia normally akan tahu apa aku buat so agak payah nak berahsia.


Tahun ni, since puasa, and since kitorang berbuka rumah mak mertua aku, we just decided to cook something special. Aku masak beriani daging (refer entry sebelum ni). And, oh ye... beriani aku terlembik. Peringatan untuk diri sendiri, next time, masa tumis rempah, tunggu sampai kering. Jangan pandai2 bajet air sendiri.


Well anyway, 


I bought cake for his birthday. Alahai cake je kot. Hahaha. Kecoh mcm kan nak buat serprise party. Jadik la kan. Sebab dia (mr p) tak expect. Isnin, aku mmg pegi Empire nak beli groceries (kat Jaya Grocer). Byk baca review kek kat Whisk sedap, so aku pun tempah Carrot Cake yang 6 inches. Plannyer nak ambik hari Rabu (on the birthday itself)




See, normally, mr p pegi keje dlm kol 9.30 mcm tu. So kalau aku nak pegi post ofis ke, Empire ke, kitorang akan kuar saing. Bulan posa ni, kekdg lepas subuh dia tidur balik kalau mlm tu dia tidur lambat. But no matter what, dlm kol 10 latest camtu dia dah pegi keje. 

So nak jadi citer, hari Rabu tu, mr p tidur balik lepas subuh. Aku ni dah siap2 la kot2 mr p bangun jek nak terus kuar pegi Empire ambik kek. Sekalikkkk.. sampai dekat kol 11 mr p baru bangun. Apa citer deyyy.. Acaner aku nak pegi Empire nieh. 11.45 kang kena balik dah ambik Sofeya.

"I nak pegi Empire lah.. hmm.. sempat ke nak pegi skang"

"U nak buat apa.. kang nak ambik adik lagi"

"Beli brg.. nak masak nasi beriani ni kang"

"Kat carrefour tak de ke?"


Errrr.... ada jekkk.. kah kah.. 


"Tak de" *muka tak pandang mr p sbb takut kantoi menipu* Dalam hari udah2 la.. jgn tanya byk soklan, aku tak de alasan ni.

"Oh u  nak beli daging eh?'

Dlm hati, daging ada dah actually..tapi nak cakap tak de mcm nampak nau menipu.

"Err.. ha ah"

 Tetiba rasa bersalah sbb menipu laki. Tahpahapa aku ni. Nak serprise tapi tak nak tipu. Ish.


"U pegi lepas ambik Balqis nanti lah. Skang takut lambat plak nanti"


Iye lah bang. :p


So lepas ambik Balqis sekolah baru aku heret budak2 pegi Empire sekalik. Excited lah diorang menengok kek nyer. Siap plan mcm mana nak bagi surprise. Sofeya lah tu. She said "Ma, nanti kita nyorok kat rumah, daddy balik je kita jerit SURPRISE!!!"

Teheheh.. comelsss!


Balqis, jenuh kerisauaan. "Ma, daddy x marah ke, kan daddy tak suka surprise2 ni. Kang beli kek tak cakap daddy kang.. daddy tak marah ke"

*sbb we normally tell each other what we want to buy*

Alahai kek je kot. Bukan mama beli beg prada tak cakap daddy :p



So petang tu, as usual mr p balik ofis, tunggu kat lobi bawah apartment ambik kitorang pegi rumah in law aku nak buka puasa. Kitorang normally bawak bakul yang boleh tarik mcm trolley sbb nak isi baju salin and lauk yang aku masak. So aku masukkan sekali kek dlm tu. Mr p sampai je, aku terus bukak bonet and taruk the bakul inside. 


So mr p mmg tak nampak the kek! YES!


Sampai je rumah mak mertua aku, nak masuk je, Sofeya cakap


"DADDY! WE HAVE A CAKE FOR YOU! IT'S A SURPRISE!!!!!"


-_______-


Aku & Balqis : "Adik!!!!!"

Sofeya : "Alaaa.. tak pe la !"

Mr p : "Eh ada kek ke???"


Ok la.. jadik la surprise 5%. :p




" Ekceli I pegi Empire tadi nak ambik kek ni la... brg nak masak mmg dah ada jekkk"

"I mcm dah agak dah.. tapi malas nak argue.. besday I kan"


Eh eh ehhhh perasan tauuuuu..:p












17 July 2013

Nasi beriani and BIRTHDAY MR P!

Assalamualaikum,


Hari ni, adalah birthday suami saya yang ke 34. 
Ok, don't remind me that I am older. Tahun ni aku masuk 36. 

Apa ada hal suami muda kan.. celebrity pun ramai suami/boifren muda. Ni pulak aku.

*macam tak de kaitan*



To mr p,

You have been a great husband and father to the family. Moga Allah memanjangkan usia dan memurahkan rezeki dan memberi kebahagiaan dunia akhirat.

May all your wishes come true!

*Jangan wish kawin dua pulak.. babap karang!*


Gambar tak de, mr p kan pemalu.. awwww






Hari ni tergerak hati nak check keywords org search yang menjurus kepada blog aku. Rupa-rupanya ramai org search resepi nasi beriani iye?


Nasib la kalau tak sedap ye.. sila salahkan air tangan masing2 :p


And what a coincidence, hari ni memang aku  nak masak nasi beriani daging.




Belum masak, baru prepare bahan2. Yang di atas adalah bawang besar and tomato dah dah setel di grated. Kang baru hegeh2 nak pegi Jaya Grocer nak beli yogurt and daun ketumbar.


Nasi ni, kang nak bawak pegi makan rumah mak mertua aku.
Masak meriah, sebab hari ni birthday mr p. Tak de sapa sgt pun cuma family jek. Tapi sebab melebihi 4 orang maka aku otomatik panic. Ye, saya mmg panic kalau masak untuk ramai. Lagi best, sbb tgh puasa. Aku ni kalau masak time puasa memang FAIL.


*thinking mode*







p/s - korang agak, kalau aku singgah kedai mamak, nasi beriani dah start jual ke skang?



KLIK HERE : EPHYRA PROMO

11 May 2011

bershopping with the girls


penggemar terbaru ultimate mocha
sabtu lepas mr p ader meeting kat empire subang. dia tanya aku nak ikut lepak empire ke or nak balik rumah mak dia dulu while dia pegi meeting.

iskk.. apa ke punya soklan la mr p ni? benda cenggini tak payah tanya tauuuuuu

dia kata "u nak pegi empire buat apa? nak cari apa?"

wahai kanda yang dikasihi lagi hensem dan macho...:)
tahukan kakanda bahawasanya walaupun x de benda nak beli or cari, setakat berada di shopping complex tanpa arah tujuan pun boleh membuatkan adinda bahagia sesgt.

see.. tak susah tau nak membahagiakan aiiii..

maka aku insist nak pegi jugak empire walaupun mr p kata meeting dia lama. lagik lama lagik bagus.. aku blum pernah tawaf empire. :p

so off we went. lepas mr p pegi meeting, aku pun menuju ke coffee bean dulu sbb balqis dah teringin ciken mushroom pie. (balqis kononnnn) boleh la spent time rilek sat kat situ sambil sofeya practice panjat high chair. haihhh..sabar je la anakkku...

dah kenyang masing2. misi meng-train anak jadi shoppaholic diteruskan!!!

memula masuk caring pharmacy membeli ubat and toiletries yang patut. bebudak menggebu nak mentos. aku memula tak kasik tapi memikirkan bakal suara2 yg menjerit and grumpy and cranky sepanjang2 aku nak berjalan.. owhhh..aku belikan jer la.. (keji!!!)

and boy was i right!

aku rasa ni first time kot, just the 3 of us, we spent about an hour or so, berjalan masuk keluar from 1 kedai to another, and mind you, semua kedai2 'aku' belaka.. tak de kedai bebudak langsung. aku siap buleh try berpasang2 baju, seluar.. and kasut!!!

and they behaved!!!

sampai la aku tgh syok try kasut kat charles & keith, baru prasan mr p dah miss call 2 kali.

time to go!

mr p tanya ok ke aku dgn bebudak? aku cakap ok sesgt.. apesal meeting abis cepat? ngahahhahah

we should do this more often eh girls? len kali kita masuk kedai bebudak pulak okeh?

25 April 2011

konot naik beskal



yeap, my first ever cycling event (in fact aku punya first ever sports related event). and the conclusion,

- kaki aku sakit sampai hari ni
- m kumaresan sangat hensem giler babas.

hek hek..  gatal…

mr p bagitau aku last few days kot MPSJ ada organize saja suka suki cycling event, 15km jer pun, plus USJ punya area mana ada bukit2.. jalan flat jer. aku pun, ok lah.. tak de bukit, aku on. kalau ada bukit, sori naik lori makan kari ye bang?

so dgn semangatnyer mlm tu mr p dah bukak tayar beskal, pack semua brg masuk kereta. kol 5.30 pagi dah bangun mandi manda and bersiap. 6.20 bertolak from melawati and terus menuju puncak ke rumah ibu mertuaku. (dekat dgn mpsj)

sampai je, pasang balik tayar beskal and tunggu kawan2 mr p yg lain. 4 of them, plus aku sorang je pompuan gedik.  so kitorang pun pegi la kayuh ke MPSJ (2 minit jer dari rumah MIL aku).

dah ramai participants yg sampai. berjenis2 beskal ada. bebudak pun ada kauuuu.. dlm age 10-15 tahun mcm tu. mr p kata, kalau budak buleh kayuh, takkan aku tak buleh kan? iskk.. da ingat aku ni fit sgt. dlm hati, mampus ler kalau aku last nieh.. malu weihhhh

so event started. ucapan itu ini, light stretching sikit. and jgn tak tau, M KUMARESAN (and another national cyclist, tak ingat nama) pun ada!!!!

mamat tu (M.K) sgt hensem.
sangat!!!
hensem!!!!


 pic googled - kat luar 17 kali lagi hensem!

ala2 bernard chandran gitu.. charming punya hensem. manis. I like! sbb tak de kawan pompuan, tapi aku masih menggedik, dgn mr p pun jadik la aku nak ber drooling. tanpa segan silu aku toleh and cakap kat mr p

“tu ke m kumaresan?? hensem nyer dia!!! hensemnyer!!!”

eh ni citer laki hensem ke citer naik beskal?? kau ni mmg gatal la konot…

ok la. so dah start cycle.. baru kuar mpsj 2 minit aku dah tgk the meter (apa nama benda yg keep track distance kat beskal tu, aku tatau nama) baru 500 meter.. ohh nak nanges.. bila nak habis? hauhauhauh

so kayuh, and kayuh, and kayuh..

oh lupa, masa mula2, dapat route, mr p kata “ehh ada bukit la….” aku dah terbeliak bijik mata. rr p kata “relax la.. kita kan dah training”

riteeee.. takat 2-3 kali tak consider training tauuuuuuuu.. huwaaa. tipah tertipu!!!

so ok.. aku pun kayuh, and sampai the first bukit, somewhere kat nak sampai summit tu.. ok la.. not so bad.

then another bukit.. then another, and another… kaki aku dah nak tercabut. and aku rasa mcm aku ni dah last skali. sbb moto polis dah betul2 blakang aku..

owhhhh nooooooo.

malu tahap dewa. malu ok.. malu!!!

mr p pulak siap jerit2 konon cheer aku suruh come on!! come onnn!!! aku rasa ni taktik dia nak bagi smorang tau yg dia lambat bukan apa.. sbb tunggu bini.. caitttttttt

ramai pulak bebudak yg aku tgk lagi depan dari aku. pelik jugak. takkan aku ni slow nak mampus kan? sampai kan budak 10 tahun boleh potong aku. nak sedap kan hati.. diorang ambik short cut.. ngahahhaha

then mcm dah byk kali naik turun bukit kan.. yg mr p ni pulak keep on insisting “tak pe.. ni last bukit.. lepas ni tak de dah” and keep on saying that phrase for like.. 2-3 times kot?? sampai satu tahap aku dok jerit kat dia “sudahhhh!! i tak nak caya cakap u dah!!! tipu tauuuuuuu!!!”

sib baik laki aku dik non.. kalau org lain mmg konfem aku hempuk dah… hahhaha

so after like 40 (ke 50 minutes)  kitorang pun sampai MPSJ balik.. tapi… u know wat… salah jalan daaa… ntah mcm mana.. ada sorang pakcik tu pegi belok salah jalan, and end up ramai org yg ikut dia.. habis separuh of the participants salah jalan kot.. so kurang 1-2 km la.. tak cukup 15 km.. hmm.. tak per la..

patut la aku rasa mcm aku last.. rupanya salah jalan (nak sedapkan hati. padahal klu jalan betul pun aku last jugak kot)

puas hati. well at least aku habiskan jugak la kan (walaupun salah jalan). sbb byk jugak yg aku tgk dah belok masuk rumah masing2 hahahha (suker ye kau gelakkan org).

dah habis tu, aku nampak M Kumaresan masuk with the geng, naik beskal and masuk terus MPSJ. iskk.. kalau dia jalan kaki, mmg konfem aku pegi tahan dia nak ambik gambar.

oh ye.. ni tak de medal ke menang ke haper.. like I said.. saja suka suki. (nak sedapkan hati hek hek)

mr  p kata lepas ni buleh masuk Malakoff yg 60km cycle tu.

ENAM PULOH?????

u pegi cycle sorang la bang… i jadik cheer leader eh?

jessica alba.. eh.. bukan..

some of us who joined..

tak de byk gambar.. camera man aku (SIL) MIA. elok la jugak.. idak nampak  muka aku tak semenggah..

19 April 2011

dear mr p,

*mcm kan tak buleh cakap dgn laki sendiri kan? nak jugak kepoh kat blog*

saya sangat kepingin nak bercuti.
last trip ke melaka tu tak kira sgt bercuti pasal byk benor insiden cedera sana sini.
plus kejap and dekat sgt (ewah.. mengada)

sebab rasa mcm dah lama sgt kan kita tak pegi bercuti?
penat sgt dah rasa asyik dok keje,
apa kata kita bawak bebudak jalan makan angin keluar asap?

mcm dulu pegi hyatt kat kuantan tu pun besh gak.



kita boleh dok berdating2 sambil bebudak main kat beach :p lepas tu kuar suara petir aku bila masing2 masuk laut.

nak pegi jauh2 sampai over the sea mcm payah nak ambik cuti la pulak kan? padahal mmg tak de duit.. salahkan cuti pulakkkk

(ada gak la i berangan tetiap june kita pi canada, hujung tahun kita lepak aussie, perghh... beshhh)

jom??????????

plishhhhhhhhhhhhhhh

*buat muka seposen*

28 March 2011

jom naik beskal..

ada sekali dulu aku cerita sipi2 yg mr p belikan beskal kan?

well sejak beli tu.. memula semangat naik kauuu.. lepas tu elok jer terletak kat porch umah aku berminggu2. mr p je yg dok naik alternate beskal dia, beskal aku, beskal dia, beskal aku.. :p

jap jap sebelom tu, sesapa yg dah biasa berbeskal berpuluh2 km naik turun bukit segala, tolong pi baca blog lain keh? nanti korang gelak nak muntah hijau baca pengalaman aku naik beskal yg tak seberapa ni. :)

memula naik dulu mmg aku nak muntah kedarah. padahal naik ronda2 kat melawati je pun. adalah bukit sikit2 sana sini, yg tak steep sgt pun mr p bawak aku. but being me, yg dah bertahun2 tak eksesais (dulu ada sekali attempt nak jog kat klcc, but dah tukar keje ni harammmmm) so bila nak kena kerah naik beskal even 10 km pun aku nak nanges!!

seriyes, dah separuh jalan tu aku mcm nak nangis2 cakap kat mr p "alaa.. u pegi la cycle balik rumah, ambik keter meh dtg ambik i boley?"

hmphhh. tak jalan kauuu.. dia kerah lagi aku perabih jugak cycle.

sakit segala sendi2 aku tauuuuuuuuu...

tu citer few weeks ago. last weekend mr p ajak naik beskal lagik. memikirkan rege beskal yg tak berapa nak murah (and memikirkan badan aku yg tak berapa nak kurus) aku pun ikut la cycle.

pagi sabtu kitorang buat rilek2 jer (sbb dah lama tak cycle, kang tekujat otot2 yg yg dah lama diselubungi lemak ni)

petang sabtu mr p ajak naik bukit. sapa tinggal melawati tau tak area bukit kat KK club tu? (ke K club nama dia? aku konfius dgn KK kedai tuh ngahahha).

baru tak sampai 10 meter kot aku rasa satu badan aku dah menggigil lutut sendi makdi tokdi semua nak tercabut segala. tangan aku dah terhuyung hayang pegang handle beskal mcm nak terbalik masuk gaung pun ada.

mr p kat blakang aku dok cheer kasik semangat konon supaya aku jgn stop, sebab kalau stop tgh2 bukit lagi payah nak start balik.

harammmmmm tak jalan!!!

aku stop. pasal aku rasa mcm nak terhuyung hayang sgt dah. silap2 aku masuk gaung kanggg..

mr p kata patah balik, start dari awal.

giler bapak aku rasa mcm nak nanges!!!!


hantar i balik rumah mak aiiiiii!!!

so patah balik ler aku..start panjat bukit dari awal. nak sampai ke puncak (alahhh..tak tinggi mana pun.. aku rasa org yg dah besa kayuh tu boleh naik turun 10 kali sementara aku nak sampai ke atas) tu adalah 2-3 kali jugak aku brenti (but tak turun balik dah). but eventually i made it jugak la.. :)

bangga jap dgn diri sendirik (yg gemuk iniehhhhhh)

aku tabahkan jugak la hati (and kaki) nak kayuh and melepasi bukit berbekalkan semangat nak kurus and pakai skinny jeans.


agak2 lepas sebulan ada harapan x aku nak jadi mcm ni?

jap iklan japs..

haritu aku try sarung skinny jeans kat dorothy perkins. ambik size 8 (dlm hati berkata2 size 6 pun ok kot....) sekalik sarung, mcm sarung nangka daaaaaaaa.... (ada hati nak size 6). terus try size 10 dgn hati yg shedihhhh..

gambar aku pakai skinny jeans ada aku ambik dlm fitting room. tapi tak sampai hati nak tepek kat sini takut korang troma tak mo baca dah blog haku!

ok iklan habis.

so there.. hari ni (monday) satu badan aku sakit dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki.

tapi naper aku tak kurus2 ni haaaa????? 

*all pics googled*

14 February 2011

bila banyak sangat kerja

aku jadi meroyan.

bila aku meroyan.
aku bukak blog.
padahal aku ada berkodi2 documentation nak kena buat...

kepala aku migraine since semlm.
pagi ni blum hilang2. dia pindah randah, semlm belah kanan pagi ni belah kiri.

mr p baru balik from outstation for 3 days semlm, and balik2 je dia kata somewhere in june he has to go away for 3 weeks.
THREE FREAKIN' WEEKS without my husband memang confirm buat aku meroyan tahap dewa!

memula dia kata kat aku "i ada berita sedih ni"
aku cakap "apa?" (mcm gangset je bunyik aku kan?)
dia kata "i kena pegi outstation in june.. 3 minggu kot"
aku kata "nak ikut"
dia kata "tak bley.. ni bebudak ofis je pegi"
aku kata "hmm.. ok.. so.. apa yg berita sedihnya?"
dia kata "oh i nak pegi u tak sedih eh?"
aku kata "oh kena sedih eh?"

ngagagagaggagagga..

eksyen la konon.. as usual aku punya emo mmg lambat sket nak kick in. pas tu dah malam sket, baru la aku mcm tersedar mcm.. alamak.. 3 minggu eh? selalu dia tinggal aku pun 1-2 mlm je. paling lama dulu dia pi HK seminggu.. tu pun sekali je.. tu punnnn aku dah melalak2...(yeous aku nanges.. uhuhhu)

ngada eh aku?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...