Showing posts with label outing. Show all posts
Showing posts with label outing. Show all posts

25 March 2015

Cuti sekolah, Sunway Lagoon, Cinderella and Seoul Garden

Helo melo,

Punya la lama tak update blog sampai aku kena tengok balik amenda aku tulis utk last entry.

Gitu la kalau penyakit M (malas) melanda.

Lagi menambah penyakit ni sebab mengenangkan for the past few years, asal cuti bulan 3 je mmg kitorang akan ke Melbourne.

Sobssss

Tapi tahun ni tak de rezeki nak berjalan jauh. Balqis ada kelas tambahan during cuti, takkan nak ponteng kan, hujung tahun dah UPSR


So Isnin Selasa Balqis skolah.

Rabu terperap kat rumah and tengok muka bebudak muncung sambil berzikir

"Boring la maaaaaa"

Fine.

So Khamis mr p berbaik hati membawa kitorang keeeee.....



Sunway Lagoon uols!!


Punya la excited sebab last I went here masa Balqis umur 3 tahun kot. Lepas tu nak pegi je mesti tertelan2 ailio sbb tengok tiket mahal sgt.

Last time kak yah ada sini ada jugak plan nak ke Sunway Lagoon. Tapi cek2 tiket utk smorang RM600. Aku pandang kak yah, kak yah pandang laki dia, kheng pandang mr p, and we all agreed RM600 tu baik la buat shopping!


So kebetulan cuti skolah ni ada promosi, utk satu family RM275.



Maka jom la kita...


Pagi2 dah tercegat kat kaunter tiket. Time nak beratur masuk tu sorang staff approach aku

"Kak, boleh pinjam anak tak? Nak buat opening ceremony, potong ribbon"


Fuh... benda2 glam camni gila nak tolak?? Harus nak!!!



Kau mampu anak jadi tukang potong ribon?? #flipstudung


Lepas opening ceremony sebab anak jadi VIP, haruslah kitorang dapat masuk dulu, sempat ambik gambar dgn dancers tadi.








Tak boleh post banyak2 nanti korang muntah tengok aku sama gedik.


Benda pertama yang aku nak sangat2 naik adalah menatang ni



Vuvuzela.

Katanya World's Largest Vortext Water Ride.


For adrenalin junkie mcm aku..wajib naik!


Tapi naik dgn Balqis je la, sbb mr p boleh jaga Sofeya (read : my polite way of saying he is penakut!)


My thoughts :


BEST NAK MAMPOS!!!


Tolong la naik ni ok? Tapi kena pegi awal2. Kalau dah kol 11 camtu, mmg bertapa la korang tunggu line panjang.


Tapi once dah naik ni, ride2 yang lain semua mcm biasa2 je.. dah tak de thrill sgt.

Ingat sampai ke petang la kitorang kat sini. Tapi masing2 dah kepenatan, and aku pun dah nak termuntah naik ride yang pusing sampai nak terbalik.


Lepas lunch, solat, gerak ke Sunway Pyramid pulak, tengok movie Cinderella.




Truthfully, aku rasa biasa je cerita ni. Sebab tak de apa2 beza dgn cerita yg kita baca dulu2. SEBIJIK. Tak de surprise. Nak kata dari segi romantika  melayan perasan jiwang pun agak kureng.


Habis wayang, went for early dinner kat Seoul Garden.

Pernah tak korang dtg sini? Few time la aku pernah dtg. Kat Sunway Pyramid ni baru 1st time. Tapi rasanya mmg sama je kat mana2 pun.



Konsep dia, hidang makanan dah marinate tapi belum masak, so kat meja ada mcm tempat BBQ and steamboat.




Camni, so sila la masak sendiri.


Sedap uols. 


Puas hati la seharian spend dgn family. Dapat gak bagi anak2 happy. Especially Balqis. Sebab lagi 2 hari (masa tu) birthday dia.

Utk birthday Balqis, we had simple celebration with close families and friends.

Tu citer nanti2 plak ye :)



02 April 2007

MBA Batch 18 reunion

So Sunday kitorang met up at Impiana KLCC - Tonka Bean Cafe. Food was ok. Tak ramai dtg as expected. Tapi overall the event was exciting. Jumpa kawan2 lama.. mesti lah best ye dak?
The girls.. hehe.. dah nama pompuan.. jumpa jer.. tak de menda lain yg ditegur.. dah kurus la.. dah itu la. dah ini la.. and *ehem* mata biru *ehem* la hehe... tgk org2 yg baru bersalin pun dah back in shape..perghh.. tak bley jadik nih!!
Cam rindu la zaman ada class dulu, tapi bila pk nak study, assignments, exams, presentations.. ermm..tak per la no thank you!
(sebenarnya aku dah tak leh pk apa nak tulis pasal reunion ni pasal ada benda lain dlm kepala skang hehehhehe...tunggu next post!)
photos as below..
the classmates - gambar aku tak der!! uwaaaa!! must be busy eating i guess

azmi - the ketua murid

najib, wife and kak win

peace ika! kat belakang is kak su (abg man's lovely wife) in blue and liza (sham's gf) in red

kak win, naiem and mazlina (this photo is taken by Balqis okayy.. terer dak anak aku?)


rozham(duduk), hakimi and our kasanova of the year... Abg Man!! (tak leh kasik muka penuh hehe)



sham, liza, balqis and me

fali and hubby


My weekend in Beringin

Saturday the whole family pergi Beringin.. again..

This time, the kids mmg tak hengat donia berendam. Sampai sana 10.30, baru nak isi air dlm pool, masuk jugak bebudak tuh.. 2 inci punya air pun jadik la nak main...Sampai kol 12, salin baju, rilek jap, lunch, rilek jap, kol 1 masuk lagik pool.

Somebody has to jadi lifeguard, duduk tgk budak2 tuh.. siapa lagi kalau bukan AKU! hishh.. tensen btul.. sbb anak aku paling kecik and requires most attention, kena la aku duduk tgk budak2 tuh, ditengah hari buta panas2 tuh. Main punya main, suruh naik tak mo naik.. haihh.. main la korang budak2.. sampai dekat kol 4 kot baru naik rumah, tu pun jari2 satu badan sumer dah kecut, kulit dah gelap berkilat sekor2. In other words..tan.. heheh..podah.. ni bukan tan lagik.. ni mmg gelap gelemat sekoq2.

Balqis pun tido kejap, aku pon tgk tv kejap, pas tu dgr balik bebudak tu masuk balik pool.. kali ni dgn mak budak sekali aka kak yah and acu my cousin. huishh.. siap main volley ball lagik.. mmg buang tebiat btul!

Balqis bangun jer abt an hour later.. masuk balikkkk.. kali ni baru ler aku pun berendam jugak... hehehe.. 6 pm they started BBQ, hujan pon turun. BBQ lah kitorang dlm hujan. Ingat nak soh budak2 naik dah since hujan.. kak yah plak kata "stay lah!! its just rain.. i've got medicine.. demam2 lah..u kids stay there and enjoy" hehehe.. mak aku dah muka masam since dia yg suruh kitorang naik, but since kak yah aka her feveret daughter the doctor dah cakap mcm tu, dia diam jer la..

Sampai ler dekat maghrib BBQ habis budak2 pun siap mandi2 dah pakai baju tidur, BAPAK aku plak masuk berendam... yg aku hangin tu dia pergi panggil budak2 sekali ikut dia berendam.. apa lagik..dgn baju tido sekali budak2 tu masuk pool. Kitorang mak2 budak ni semua hangin, tapi nak buat mcm mana, ayah enjoy, kids pun enjoy.. hantam jer la labu...

Now I think Balqis has running nose.. isskk... x per la.. worth the fun she had!

Lupa bawak kamera daaaaa....

Next post - The Reunion!

Genting with the kids

Finally baru nak post pasal nih..

We went to Genting last 2 weeks (i think).. Bertolak pukul 11 camtuh, about 12 dah sampai sana. As expected, weekend, so mmg ramai org giler! Tu yg bertambah2 pening kepala aku. Age factor kot, tak suka la tempat ramai2 org nih. PENING!

Sampai jer we had lunch at KFC. Pun ramai org, nak cari tempat duduk dah setengah jam, duduk pun sesak2. Pas tu beli tiket. Jenuh dok pk nak beli tiket apa ni.. in door je ke, out door je ke.. last2.. belasah jer la both-door for all. Main la apa nak!

We headed for out door dulu since cuaca pun tgh okay. Semua game penuh, panjang org beratur. Apa nak buat.. tunggu jer la.. Iwan paling kesian.. last time dia dtg, semua game utk budak2 dia boleh main, now after few years, dah tinggi, so byk la game yg dulu2 dia enjoy, dah tak lepas dah. Balqis plak.. dulu dia tgk jer cousin2 dia main, now, dia plak bleh main.

Paling best, ada satu game for the kids, they call it Cowboy. (Mcm Space Shoot but kids punya version). Balqis gedik sgt nak naik, aku pun kasik la naik. Dlm hati mcm dah tau dia akan takut, but kalau tak kasik nanti melalak.. ambikkk.. naik la labu.. biar dia rasa sendiri.. heheh.. Mula2.. perghh.. excited.. muka selamba.. benda tu naik tinggiiiiii.. okay lagik.. turun jer.. muka cuak!! tapi tahan tak nangis... Ya Allah.. kesiannya aku tgk muka masa tuh.. aku pun nak nangis.. (tapi nak gelak pun ader jugak).. muka cam tahan sakit pun ader jugak.. Sampai la 3rd round of naik turun naik turun, baru dia okay... Habis jer.. dia gelak2 terus turun, "Maaa!! perut adik sakitttt" I think effect cam roller coaster cam tu lah... I said "tak per.. nanti hilang la tuh.. best tak? nak naik lagi tak?" Suddenly terus.."uwaaaaaaaa!!!!! nak balik!!!!!!!"

owwwww noooooooooo... but surprisingly, kalau tanya dia hari ni.. "nak naik cowboy tak?" she will answer "NAK!! adik sukaaa!!" heheh.. ni obviously inherited from mama nyer lah.. suka sgt naik benda2 thrilling tuh..

enjoy the pics..

muka budak2 boring tgh tunggu me and fatin naik flying coaster

anak sapa tuhhh??

me and fatin! i jerit like hell i tell u.. sampai nak keluar anak tekak

balqis in action.. belum start lagik..muka biasa..

dah naik.. still okay lagik..

1st time turun.. look at her face.. cian anak mama!!!

dah 2-3 kali turun, baru okay sket muka dia.

3 + 1 musketeer
miss fatin najihah, my 12 y.o niece, nak sama tinggi dah dgn aku.
3 budak comel
sorang budak comel dgn mak dia yg buleh tahan comel hihihihh

naik meri go round..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...