Kitorang sampai around 2-3pm, just in time nak checkin. Tempat tu memang lawa, nak2 pulak masa baru sampai cuaca tak berapa panas sebab baru lepas hujan. So just nice!
At lobby area
While waiting for daddy to check in...
Bilik memang lawa lah...luas pun ye. Tapi bilik air tak de bath tub... so bebudak tak leh berendam. But it was nice.
Cuma satu aku kureng, pasal suis lampu all over the place.. pening aku nak mencari. Paling best nak cari controller aircond. Sampai ke petang tu bersejuk kitorang dlm bilik sbb tak tau mana nak control aircond.
Rupanya terlindung belakang langsir daaaaa
Len kali buat terang2 boleh?
Lepas check in, letak brg, kitorang gi lunch dulu kat restoran SEPOI SEPOI, dalam hotel ni jugak. Dlm resort ni ada 5 restoran altogether. Byk review org cakap makan sini memang sedap. Kat restoran Sepoi Sepoi ni ada ala carte local menu. Memang sedap lah makanan dia!
Habis makan, balik bilik membuta kejap. Plannyer nak buat macam2. Cycling la haper la.. Sebab kat sini banyak outdoor activities available.
Lepas asar tu, kepala aku pening ya amat. Migraine teruk. So mr p offered
"U tidur je la dlm bilik, i bwk budak2 main basikal"
I tot oh so sweet nyer la hubby aku ni kan... but thennnnnnn he said
"Tak pun u pegi la spa, nak? U charge terus ke bilik nanti"
Homaigoddddd terussss hilang pening aku!!!
Rilek konot.. jangan jakun
So i asked
"Berapa bajet? ada limit tak? kang buatnyer mahal sgt kang..."
He thought for 2 seconds... and said
"Hmm.. tak pe la.. ambik je la apa2"
*Lompat bintang sambil peluk laki!*
Masa tu dah kol 5 lebih, aku bajet by Maghrib dah setel la.. at least dapat full body massage pun jadi la kan..
So I went here
Escapade Spa
Tempat dari luar memang lawa. Aku masuk, and looked at the menu. Bajet nak ambik Traditional Malay Massage, rege pun ok lah...
But then the lady kat kaunter told me
"Pukul 7 baru bukak ye.."
Nanges!!!!!!
Dah elok2 laki bagi pegi spa, tak de limit plak tuh.. kau boleh tutup spa?????
Hampa okeh! Frust!!!
Maka pegi la balik ke bilik, call mr p. Rupanya dia dgn bebudak pun tak jadi naik basikal, tutup jugak.
Apa kena korang ni ha.. semua pakat2 tutup?? Ish!!
So kitorang berempat pun pakat tukar baju terjun pool.
Malamnyer, kitorang dinner kat restoran PERAHU. Sini, mcm bbq seafood. Sedappppp..
Masa kitorang pegi (lepas maghrib) dah tak ramai orang sangat. I think ramai org makan kat situ masa sunset. Sebab tempat dia betul2 tepi pantai.
Gambar besday girl kena la letakkkk
After dinner we went jalan2 around the resort.
Then mr p and balqis pegi main go cart. Aku tak main la.. kena jaga si kecik ni
Tengok la.. melalak2 dia sebab tak dapat main. Kesian nyer la nak oiiiii
Esok pagi, menikmati pemandangan sunrise from our room..
Kitorang pegi beach. Tak mandi pun. Bawak budak2 main pasir je. Aku rasa kat sini memang tak boleh mandi kot.
Beach was ok la.. tapi banyak lalat!!!!! so we stayed there for less than 20 minutes je kot... tak tahan!!!
Breakfast kat restoran BILA BILA. Food wise, ok la. But turn off sket pasal banyak lalat. :p
After makan, we brought the kids to KIDS CLUB. Lawa nyer hoiiii tempat ni!! Aku pun suka!
luas.. tambah best sebab tak de org!
Barbie doll house. Idaman hati.. mama tak beli, main kat sini pun jadik la..
Balik bilik, siap2, and check out.
After checkout kitorang pegi Melaka, tidur one night kat sana.
Next day, ke Muar ada wedding.
Gitu la kisah short vacation sempena besday yang ke 35.
35 kau... tua dah iols... iskkk..
Thank you mr p and kids! Love you all so much!
Alahai sian you cpk..klu tak sure dah relax2 kat spa kan..
ReplyDeleteitu lah! nak kena claim jugak ni.. hihi
ReplyDeleteKonot ... Go-Kart tuhhh .. berapa hengget kalu nak naik ekkk ??
ReplyDeleteaku rasa, rm10 per erson per ride kot..
ReplyDelete