Pages

27 September 2016

London Trip 2016 Part 1

Ewah tajuk siap ada tahun ada plan nak pegi lagi keeeee???? #kedipmatakatmrp

Well anyway as some of you may already know aku baru ni pegi bercuti kat London. Bulan 5 lepas kot mr p rajin godek2 tiket sekali jumpa promo MAS airline yang murah.

Sebab nak grab tiket murah so we went earlier (Khamis pagi) sebelum cuti sekolah actually starts.

Mr p tanya "bebudak ada exam tak?"

"TAK DEEEEEEE" terus konfiden aku jawab kahkahhhh

Kami pergi berlima, 4 of us and my mother in law sekali. Best woh jalan dgn mak mertua aku ni. Sakan dia shopping jalan tak tau penat. And paling best mesti lah sebab dia rajin masak. Harap aku memang makan Brahim instant je la hari2. Mak mertua aku rajin, siap masuk kedai cari bawang, sayur etc.



Juadah pagi raya. Nasik lemak and sambal udang.


And yes sempat aku beraya (haji) kat London. Kasik chan la kan. Nak fly 20 tahun dulu tak de rezeki. Walaupun raya haji jadik la kat overthesea!


Selpuih sorang2 depan Malaysian Hall on pagi raya. Memang tak de la pakai baju raya ke hapa sebab lepas smayang terus ke Oxford Street!!!!


Anyway,

Last I went to London tahun 2009. Masa tu memang tak berduit korang tau. Pegi pun ihsan bapak aku belanja kitorang anak-menantu-cucu semua. Dia belanja tiket and hotel. So kat sana aku dgn mr p memang berjimat habis. 

Pagi makan sehabis banyak kat hotel (buffet breakfast) sampai perut kembung. Lepas tu pegi jalan cari tempat yg free entrance je. Then otw balik beli 1 or 2 meals and share makan kami 4 beranak.

Tapi even that, aku suka sangat London ni.

Sebab tu aku nakkkk sangat pegi lagi and kalau boleh nak enjoy sehabis mungkin time ni. So bila mr p said jom pegi and finally booked the ticket,  I am so so happy and mcm nak melompat bintang 15 kali!!




Ni masa sampai kat Heathrow. 2 jam aku beratur nak lepas imigresen. Sebab orang ramai ya rabbi. 

"Hah tu la..nak sangat datang kan??" 

"Biar laaaa I tak de komplen pun kan??"

Ye aku sanggup beratur 2 jam pun 2 jam la. Padahal kalau nak kira time sampai ni dah lepas bed time aku sangat2. Kalau kat rumah mmg dah rabak mata aku. Tapi sebab dah sampai London rugi weih kalau tido!


From airport we took train Heathrow Express ke Paddington Station and from there we walked to our apartment.


Nanti ada masa, aku blog in detail on our itenary, transport, apartment etc.


Sebab nak put everything in 1 post kang boleh muntah berpinau biji mata nak baca.




Kat Westminster Abbey.



RINDUUUUUU!!!!!


No comments:

Post a Comment