Pages

29 June 2016

Rindu nak berblog macam dulu

Penat sangat lately. Especially bulan puasa. As usual sejak dah tak de maid memang bila bulan puasa ni extra letih. Tapi tahun ni melampau2 letih sebab kali ni aku all out sikit utk Kay Parlour. (KP). 

Alhamdulillah bulan ni achieve target sale. Target apa? Sendiri taruk target lah. Considering aku sorang yang buat dari A-Z, I would say not bad (tepuk belakang sendiri). Ni pun aku baru start recruit agen and dropship. Masih belum ramai and belum bergerak laju. Insya Allah lepas raya nanti boleh start coaching betul2. Sekurang2nya boleh bantu orang lain jana income jugak ye dok?

Niat nak update mcm2 kat blog semua ke laut. Promo ke, daily life ke, resepi ke, hampeh. I wonder mcm mana Vivy Yusof yang sepuluh kali lagi busy dari aku boleh manage update blog so frequent!

I think one of the key is to delegate kot. Sebab aku buat semua sendiri la yang tak larat tu. Dok dicuss dgn mr p if I should get assistant. Sama ada full time / part time. Belum finalize lagi.

Maybe as a start nak hire part time work from home utk manage my IG / FB account and data entry. Tak larat weih ngadap IG/FB hari2. Boleh aku guna masa utk buat benda lain.




Alhamdulillah rezeki.


Ada orang cakap kat aku, nanti anak2 dah besar boleh la kerja balik. Urmm.. rasanya tak de plan lagi la kot. I tell you, once dah berhenti kerja, dan business makin ok, kau dah tak rasa nak masuk kerja balik. Rindu kawan2, of course. Tapi the flexibility tu is oh so heaven!

Tapi tu sekarang lah. In future we dont know kan. Kalau dah rezeki aku tertulis masuk kerja balik, then kerja la kita!


So dah almost raya ni, mcm mana preparation korang? Jom la kita pulun habis 10 malam terakhir ni. Aku dah 'raya' dulu. So agak terkilan tak dapat beribadat sepenuhnya. Tapi tak pe la, kalau apa2 kita buat tu ikhlas kerana Allah, tu pun ibadat jugak kan?


Till then. Semoga aku makin rajin menceceh kat blog :)

No comments:

Post a Comment