Pages

19 November 2015

Kalau dah cerita kakak, kena cerita adik jugak

Kalau tidak adik jeles :p

Dari Selasa bila Balqis dpt 5A, Sofeya pun tak nak kalah, 

"adik dapat 8A!!!!"

Sambil muncung2 mulut.

Iye dik.. awak pun terer, mama tahu! Tapi just for that one day lets just celebrate your sister ok?


But truth is, aku memang proud dgn achievement Sofeya. Cuba la korang bayang yeh

Awal tahun kedudukan dalam kelas 34 (or 37, tak ingat). Kedudukan dalam seluruh tahun 1 is 100++.

Masa ni, memang rasa nak pitam. And masa jumpa cikgu kelas dia, mmg cikgu dia pun mcm dah putus harap.

"Kalau mcm ni tahun depan memang turun kelas"


Sedih aku. Dah la aku mmg ada sikit bengkek dgn cikgu dia. Ada few incidents. Tapi malas nak panjang2 kan. Ikut aku, mmg nak report kat Guru Besar. Tapi mr p kata tak yah la, lagipun tahun depan nak tukar sekolah dah.

Fine. Good luck la kalau anak korang dpt cikgu yang sama huhu


Well anyway, kan aku ambik jugak cikgu tusyen utk Sofeya? The same teacher yang ajar Balqis, aku mintak dia ajar Sofeya jugak.

Ye. darjah 1 dah tusyen. Sangat kontra dgn prinsip aku dulu2 yang anak2 tak payah tusyen lebih2 lagi kalau mak duduk rumah.

Puih. Rasakan kau konot jilat ludah sendiri. Itu lah, lain kali kalau belum cukup pengalaman mendidik anak jangan eksyen ok?


So, mid term, Sofeya dapat no 15. Huge improvement dari 34 kan?

Then akhir tahun, dia dapat no 7!! And paling best kedudukan seluruh Tahun 1 dia dpt no 16!!

Terer tak????

And guess what, dia maintain kelas pertama!!!


Masa Sofeya bagitau result, aku cam nak melompat happy sgt! Puas hati pun ada..hahahha sbb dpt buktikan kat cikgu dia, sila jgn putus harap ok? Tapi i donch care lah what u think, nak pindah sekolah dah tahun depan!

Walaupun dia tak dpt apa2 anugerah, tapi aku cukup happy and bangga. Like I always tell them, janji kena rajin usaha bagi improve.


Actually, Balqis dgn Sofeya ni mmg dua opposite character. Different strenghs and weaknesses. Tapi tu nanti cerita kat post lain. 


Yang nak cerita sekarang cuma aku sangat happy dgn diorang. And sangat2 berterima kasih dgn cikgu tusyen dia. Utk Balqis, I think major contributor of course sama berat between herself, cikgu skolah and cikgu tusyen. 

But for Sofeya, mainly mmg aku bagi credit kat cikgu tusyen dia. Orangnya sangat penyabar melayan perangai Sofeya yang tak berhenti2 bercakap sepanjang kelas. Kadang tu aku dengar diorang dok nyanyi la, hehe. Pendek kata, mmg pandai la melayan Sofeya.



Sofeya mmg suka My Little Pony. So masa kelas yg last tu, cikgu dia lukis ni and bagi as present.

Sweet kan?


One thing aku tau bebudak ni suka tusyen sbb Sofeya especially asyik tanya "bila nak tusyen lagi ma???"




Dia ni mmg suka bergambar, Pantang ajak selfie, mesti nak. 



Champion kalau buat muka. 


Memang anak mak!


No comments:

Post a Comment