Pages

03 July 2015

Cerita bulan puasa

Hi korang!

Dah 16 hari kita puasa tak lama lagi dah nak raya. Tahun ni satu lauk pun haku tak update. Konsep malas gitu.

Penat pun ye. Penat ya ampun tahap nak nangis tak tau nak cakap mcm mana. Bukan nak komplen ye cuma nak cerita.  Pagi seawal 4 pagi aku bangun (kalau penat sgt 4.15, 15 menet tu sangat berharga!) prepare sahur. 

4.30 kejut bebudak makan. Kena kejut awal sbb Sofeya ni makan slow sangat. Kadang tu sebijik2 nasi dia suap masuk mulut tak ke hangin aku. Nak tunggu dia makan sendiri memang tak la so kadang tu aku makan sendiri awal2, time dia bangun tinggal aku suapkan  baru habis sepinggan.

Setel makan kemas dapur, sidai kain and by 6.30 kejut Balqis pegi sekolah.

Balik tu memang tak de la aku nak tidur. Sebab utama, aku mmg tak leh tidur siang nanti lagi penat dan sakit kepala. Tapi bila tak tidur mmg akan penat jugak..hahaa so acaner tu?

Kadang tu tertidur jugak lat, sedar2 tu sampai nganga2 mulut aku sbb penat sgt. 

Tapi another reason aku suka buat keje pagi2 sbb rasa sejuk nyaman and tenang.

Sofeya mmg aku biarkan tidur sampai kol 10 at least. Biar kurang masa siang dia berjaga takut dia lapar.

Oh and korang tau tak dia PUASA PENUH?

Oh my God that little girl I am so proud of her! 

Dah la tahun lepas2 tak pernah langsung puasa. Cuma the first 3 days je dia melalak2 sampai basah tudung sekolah (seriouslyyy) tak tahan sangat lapar. 4th day onwards ALHAMDULILLAH syukur dia dah biasa, tak de komplen. 

Cuma dia kata, "kalau mama priyed (period) adik pun tak nak puasa!"

Ok fine, maka "puasa" sebulan la aku nampak gaya :p



Lagi satu penat nak memikir lauk apa nak masak. Sebab Sofeya puasa so memang dah tentu kena ikut tekak dia. Tapi dia ni tak susah janji kena rotate ayam masak lemak, sup kaki ayam, nasi goreng, ayam goreng atau telur goreng dgn nasi kicap.

Kalau tak de tu kesian la pulak kan.


Balqis pulak tak sihat, minggu ni je dah 3 hari dia tak pegi sekolah. Kesian aku tengok. First day sakit tu gagah jugak la puasa tapi masuk 2nd day tak baik2 aku suruh buka je. Batuk, selsema, sakit tekak demam kahak semua complete!

Suruh minum air berbotol2 bagi cepat baik. Tapi tunggu adik pegi sekolah baru boleh makan. Dah la minggu depan nak trial UPSR tu yang aku suruh rest betul2.




Keje Kay Parlour pulak belanbak2 tambah hujung bulan + raya. 2-3 jam dalam kereta  buat delivery tu dah pasti hari2 so memang penat tak tau nak kata, tapi rezeki kan takkan nak komplen.

Pos pun banyak and kalau korang nak tau Poslaju mmg agak delay sikit. Biasa next day tu dah dpt parcel, tapi lately aku byk dpt komplen parcel 2-3 hari lambat.

Sabar ye korang mmg festive season mcm tu. 



Ok la tu je nak membebel di pagi Jumaat. Nak lipat baju sekarang. Bai.



Upah sbb berpuasa kena masuk Speedmart balik skolah beli air. Kadang tu air sejuk kosong pun nak beli janji kena beli!





No comments:

Post a Comment