Pages

27 March 2015

Akademik anak2

Aku ni bukan la jenis parents yang kiasu sgt. Tapi tak de la ambik sambil lewa. Berpada2 lah. Janji ada usaha. Kalau ngadap tv/hp/tablet 24 jam tu namanya minta kena cubit!

Sebab tu aku jenis tak hantar anak tuition. Niat mula2 dulu nak jugak hantar, sebab subjects mcm BM especially tak reti kot nak ngajar!

Tapi fikir2 balik, maybe kalau Balqis sendiri usaha btul2 on her own and with my supervision, Insya Allah boleh berjaya.

Tambah pulak masa dpt result exam Sains, dpt A (setelah sekian lama asyik B). Wah suka la aku  sbb nampak improvement.

TAPI!


BM Penulisan dia dapat C.

Aku terkejut mcm  nak pitam sungguh tak tipu. Tak tentu arah. Macam2 emosi masa tu, marah, sedih, helpless, desperate.

To me, C is unacceptable.

B, well, ada harapan la nak improve. But C???? 


Terus aku whatsapp mr p. Tak kira dah. Nak jugak aku cari private tutor. Whatsapp smorang tanya kot2 ada tau cikgu BM yang bagus.


Malam tu jugak dpt cikgu. Dia ni cikgu sementara kat sekolah mak mertua aku. Final year student kat UiTM.

Esoknya aku call, confirm and terus setel arrangement.

Twice a week, more focus on BM, a bit on Sains and Maths. 


Baru start class mlm ni. Hopefully ada improvement and boleh score A dlm UPSR nanti.



Tu citer Balqis, lagi satu Sofeya ni pulak.

Ye, baru darjah 1. Mmg aku tak kuasa la nak kiasu bagai. Aku assume sama mcm Balqis la dulu, darjah 1 mmg score kemain. exam je 100 manjang. Dlm class mmg selalu dpt top 10 paling2 busuk pun.

Sekali exam baru ni, dapat no 34.

TIGA PULUH EMPAT uols!

Nanti belum pitam lagi!!!


34 kedudukan dlm kelas. Kedudukan dalam aliran ko tau berapa????


100++


Ok sila pitam. 


Ni macam, tahun depan konfem turun kelas silap2 kelas 3 atau 4. Turun kelas ni mmg boleh menimbulkan nafsu amarah!

Mmg terus la berlaku rampasan tablet. Dan mulut pun muncung mencuka. 

Nasib la. Tak de kesian2. 


Mmg la org kata anak2 ni tak sama. Bukan la aku kata Sofeya ni kurang pandai dari Balqis, cuma mmg diorang berdua ni lain. Ntah la nak describe pun payah, aku je la yang paham perangai diorang.


Hoih ni baru 2 ketul. Kenot imagine mcm mana kalau org sampai 8-9 org. Tak pe la..tak nak imagine.. penat!

No comments:

Post a Comment