Assalamualaikum,
Helo uols, hari ni kita akan belajar cara2 memasak Nasi Minyak and lauk pauk serba sedikit. Tapi sila ambil perhatian, resepi ni adalah yang simple dan bukan fancy schmancy. As you may know, kalau resepi tu ada bahan2 lebih dari sepuluh item memang aku gerenti fail.
So tanpa berlengah, mari copy paste atau printscreen.
Bahan-bahan Nasi Minyak
1 cawan beras (I use Taj Mahal herba ponni je, biasa org pakai beras Basmathi)
Minyak Sapi/Ghee 3 sudu besar
*Bahan tumisan*
Bawang besar medium 1/2 biji, hiris halus
Bawang putih 3 ulas, hiris halus
Halia 1 inci, ketuk
Buah pelaga 4-5 ketul
Bunga lawang 2 ketul
Kulit kayu manis sebatang (actually mine habis so aku tabur je serbuk cinamon, jadikla)
Pewarna merah and kuning (sukati la nak taruk kaler apa pun)
Garam and bahan perasa
Daun pandan
Cara-cara
Tumis bahan tumisan dalam minyak sapi sampai naik bau.
Masuk beras yang dah dibasuh and goreng for a while.
Put everything in rice cooker, and masukkan air mcm sukatan masak nasi biasa.
Masukkan garam and bahan perasa
Jangan lupa masuk daun pandan!!!
Bila nasi dah masak, cucuk2 few holes from the top utk drop the pewarna. I forgot to ask my sister dia cucuk pakai apa and how big the hole should be. So aku hentam je ambik pisau makan tu, cucuk2 agak lebih kurang.
Nak drop the pewarna plak, tetiba aku blur nak drop mcm mana. Kalau silap haribulan tertuang banyak jadi lain plak kan?
I guess kalau ada mcm tempat penitis ni would be perfect
Tapi tak ada.. so kita improvise.
I just celup hujung sudu yang kecik and drop bit by bit into the nasik.
Dalam 4-5 titik each color, spread around the nasik.
Dah sudah, kacau the nasik all over make sure sampai bawah pun kena.
Nice or not???
Gitu je. Senang kan?
If you notice aku tak pakai susu cair. Most of the recipe aku jumpa mmg akan guna. Ikut kata kakak aku, tak pakai pun x pe. And I also think ok je rasa.
Mr p pun kata sedap, tak yah tukar2 resepi dah.
Resepi ayam merah and daging dalca esok-esok la ye?
Aku ada penitis tu. hua hua hua! (tapi botol dia isi e liquid e cigarette aku yg bernikotina. hua hua hua!!!)
ReplyDelete