Assalamualaikum,
Alahai lamanya tak update. Bulan puasa lah katakan.. :p
Last week kan birthday mr p? Kalau korang baca blog aku dari dulu, memang aku jarang sgt buat surprise untuk dia. Errmm.. tak pernah kot. Haha. Mainly sebab mr p sendiri tak suka. Plus, agak payah nak surprise bagai sebab dia normally akan tahu apa aku buat so agak payah nak berahsia.
Tahun ni, since puasa, and since kitorang berbuka rumah mak mertua aku, we just decided to cook something special. Aku masak beriani daging (refer entry sebelum ni). And, oh ye... beriani aku terlembik. Peringatan untuk diri sendiri, next time, masa tumis rempah, tunggu sampai kering. Jangan pandai2 bajet air sendiri.
Well anyway,
I bought cake for his birthday. Alahai cake je kot. Hahaha. Kecoh mcm kan nak buat serprise party. Jadik la kan. Sebab dia (mr p) tak expect. Isnin, aku mmg pegi Empire nak beli groceries (kat Jaya Grocer). Byk baca review kek kat Whisk sedap, so aku pun tempah Carrot Cake yang 6 inches. Plannyer nak ambik hari Rabu (on the birthday itself)
See, normally, mr p pegi keje dlm kol 9.30 mcm tu. So kalau aku nak pegi post ofis ke, Empire ke, kitorang akan kuar saing. Bulan posa ni, kekdg lepas subuh dia tidur balik kalau mlm tu dia tidur lambat. But no matter what, dlm kol 10 latest camtu dia dah pegi keje.
So nak jadi citer, hari Rabu tu, mr p tidur balik lepas subuh. Aku ni dah siap2 la kot2 mr p bangun jek nak terus kuar pegi Empire ambik kek. Sekalikkkk.. sampai dekat kol 11 mr p baru bangun. Apa citer deyyy.. Acaner aku nak pegi Empire nieh. 11.45 kang kena balik dah ambik Sofeya.
"I nak pegi Empire lah.. hmm.. sempat ke nak pegi skang"
"U nak buat apa.. kang nak ambik adik lagi"
"Beli brg.. nak masak nasi beriani ni kang"
"Kat carrefour tak de ke?"
Errrr.... ada jekkk.. kah kah..
"Tak de" *muka tak pandang mr p sbb takut kantoi menipu* Dalam hari udah2 la.. jgn tanya byk soklan, aku tak de alasan ni.
"Oh u nak beli daging eh?'
Dlm hati, daging ada dah actually..tapi nak cakap tak de mcm nampak nau menipu.
"Err.. ha ah"
Tetiba rasa bersalah sbb menipu laki. Tahpahapa aku ni. Nak serprise tapi tak nak tipu. Ish.
"U pegi lepas ambik Balqis nanti lah. Skang takut lambat plak nanti"
Iye lah bang. :p
So lepas ambik Balqis sekolah baru aku heret budak2 pegi Empire sekalik. Excited lah diorang menengok kek nyer. Siap plan mcm mana nak bagi surprise. Sofeya lah tu. She said "Ma, nanti kita nyorok kat rumah, daddy balik je kita jerit SURPRISE!!!"
Teheheh.. comelsss!
Balqis, jenuh kerisauaan. "Ma, daddy x marah ke, kan daddy tak suka surprise2 ni. Kang beli kek tak cakap daddy kang.. daddy tak marah ke"
*sbb we normally tell each other what we want to buy*
Alahai kek je kot. Bukan mama beli beg prada tak cakap daddy :p
So petang tu, as usual mr p balik ofis, tunggu kat lobi bawah apartment ambik kitorang pegi rumah in law aku nak buka puasa. Kitorang normally bawak bakul yang boleh tarik mcm trolley sbb nak isi baju salin and lauk yang aku masak. So aku masukkan sekali kek dlm tu. Mr p sampai je, aku terus bukak bonet and taruk the bakul inside.
So mr p mmg tak nampak the kek! YES!
Sampai je rumah mak mertua aku, nak masuk je, Sofeya cakap
"DADDY! WE HAVE A CAKE FOR YOU! IT'S A SURPRISE!!!!!"
-_______-
Aku & Balqis : "Adik!!!!!"
Sofeya : "Alaaa.. tak pe la !"
Mr p : "Eh ada kek ke???"
Ok la.. jadik la surprise 5%. :p
" Ekceli I pegi Empire tadi nak ambik kek ni la... brg nak masak mmg dah ada jekkk"
"I mcm dah agak dah.. tapi malas nak argue.. besday I kan"
Eh eh ehhhh perasan tauuuuu..:p
No comments:
Post a Comment