Pages

29 November 2012

Trip to Legoland JB

So last week, we went to Selatan tanahair melawat Legoland.

Actually mcm 50-50, ye la dengan musim hujan kan. Tapi pk pk, mana nak tau cuaca ni kan.. so belasah je la, gamble. Ujan, pakai la payung.

We went 2 families, dgn adik ipar aku skali.

Adik ipar aku (Angah, adik mr p) anak2 dia pun lebih kurang sebaya dgn anak aku, so mmg meriah and enjoy la bila ada kawan.


Masa ni kitorang berenti breakfast kat... kat... errr.. mana ntah.. lupa dah haku. Tapi in between Melaka Johor la.. Machap.. something like that.. lantak lah..




Dari kiri, fatiyah, balqis the ketua pengawas, sofeya the ketua kampung, and naimah.




Oh yes... and cucu laki pertama family in law aku.. muhammad fuad. (anak bongsu angah). 


Fuad ni... kau tengok dia, confirm kau nak gigit pipi. Bila orang marah suruh diam, dia buat muka lagi comel. Haipppp!!! Sumbat masuk poket kidnap kangggg.. ish ish ishhh. 


Mr p selalu kata kat Fuad "kesiannn tak de geng laki.. tahun depan mama beranak boy bagi kawan fuad ye?"


Eh ye ke bang? kah kah kahhhh..



Ishhh.. kacau je org nak camwhore kannnn.. hihi.



Sampai kat legoland betul2 sebelum time nak bukak. Tengok la, tak de org sangat. Sebab hari orang keje dan saya tak kerja kan. Harus la best!



Bapak2 sila pegi beli tiket dulu ye..



Sebab mak2 nak camwhore dulu.. kah kah.... Aku boleh lupa bawak sunnies...*tepuk dahi*. Jenuh dok terkedip2 mata menahan panas. 




Tiket dah beli.. yeay!!!




Iskkk rindu laki aku *nangis* 

*diwaktu menaip, mr p jauh di perantauan. sob sob*


My first impression and thoughts

Cuaca : 

Was panas gedegang time kitorang pegi. Despite musim hujan. But ok la.. better panas than hujan. But memang melekit la satu badan. Masam!

Towards the evening, dlm kol 3-4 mcm tu baru dah mendung, and start hujan sikit2.. sikit je la.. masih boleh nak main outdoor.

Someone told us, the next day after we went tu, hujan lebat. Outdoor park tutup. Uihhh.. syukur tak hujan time kitorang pegi.


Facilities :

Toilet ok. Bersih, tapi sebab nature kita kat malaysia ni kena ada paip air, maka basah la jugak toilet. Bila basah, nampak la kesan kasut kotor, which menjurus nampak kotor. But otherwise, I would say ok.

Tempat solat, aku tak sure, pasal kitorang tak solat situ. But I'm sure ada.

Satu yang kureng, tak de water cooler (ke water dispenser nama dia?) Aku bajet, mcm kat USS or Disneyland la. Tak yah la bazir duit beli air mineral banyak2. Dah la satu botol RM2.50. At least kalau ada water cooler tu, boleh refill jek. Ni tak de. terpaksa la bazir2 duit beil air mineral.


Makan :

Ada jek. (duhhh opcos ader). Orang kata makan situ sedap. Memang sedap kitorang try. TAPI. Mahal nak mamps. Standard la kot. kalau pegi USS ke, Disneyland HK ke mmg makan kat dalam tu mahal jugak.

Nasi ayam aku makan dekat doploh hengget.

Spageti utk bebudak pun dekat doploh hengget.

Makan la kau sampai jilat pinggan.




Masuk2, ambik map dulu. Tapi sini tak de any show yang perlu plan korang punya timing. So take your own sweet time la nak pegi sana sini.



Dengan adik2 saya... ehh.. anak dan anak sedara.. kahhhh!




All of us... ni dekat depan miniature KLbuildings yang di buat dari lego.



Dataran Merdeka. 

Cantik kan? Sangat teliti and detail diorang buat ni. Tempat miniature ni besar. Ada few places around Asia (I think) yang diorang buat. Like Taj Mahal in India, err.. and some other important places.. hihi.. Aku fail bab2 Sejarah and Geografi ni..


 Sofeya enjoying her Pony Ride.



Daddy tolong jaga anak2 ye... hihi


Ada Legoland Tour Train (kot). Train ni bawak kau tour satu tempat ni. Tengok la semorang dah berpeluh melekit!



Beetle Bounce for the kids. 

Balqis ni aku dah tak risau naik, pasal dia dah besar. Sofeya tu ha.. Kurus keding. Aku takut dia terbolos keluar je kang.. haru! Masa benda ni bounce, aku yg lelebih jerit. Ada video.. tapi tak pe la.. rosak speaker korang kang... haha




Gambar tak de motif.. Tapi aku rasa mcm lawa. Nampak all the 4 cousins.



Ada indoor place, for the kids to play with Lego. Ada aircond weih kat sini, Heaven!




Ada driving school. 

Ada 2 driving school ni, satu utk bebudak 6 years and above (Balqis and Naimah kat situ). Another one for 3-5 y.o. 


Cari gear ke nak oi?




Gigih dia bawa kereta.


Tengok lah.. tak de orang kat sini. Puas bebudak ni conquer semua mainan. Nak pusing drive kereta 10 round pun tak de hal.


Overall, I would say ok la kot tempat ni. Jangan lah dicompare dgn USS or Disneyland. Lain sesgt. I think yang membuat Legoland ni kureng attractive is because tak de character yang kita kenal. 

Mcm USS, ada Transformers, Madagascar etc. Disneyland pulak.. lagik la mcm2 ada. So dah ada kelebihan kat situ.

So Legoland mmg bergantung pada ride2 yang menarik semata. Which, in my honest opinion, banyak ride yang menarik untuk bebudak lebih dari adults.

But that's ok la kan.. mmg purpose pegi sbb bebudak pun. Kalau nak bagi orang tua bangka happy, pegi la kau kat shopping complex beli bag seketul, nescaya happy setahun! Kah kah..


Tapi tempat ni baru je pun bukak. And if you wanna know, in 2013 akan bukak Water Park, and in 2014 pulak akan bukak Legoland Hotel.


Perhaps masa tu kita boleh pegi lagi sekali ye mr p? Ngeee...


Tuan tanah yang melekit kepanasan.



No comments:

Post a Comment