Pagi ni iols bangun lambat. Ni semua gara-gara mr p aku rasa
*eh main rasa2 pas tu tuduh laki kan.. miahahah*
Selalu aku set alarm kol 5 pagi. Pagi ni dia bgn kol 2.30 am nak tengok bola.
Aku ada la terjaga kejap2. Then lepas habis bola as usual dia tak leh tido, dia bukak laptop buat keje.
Aku mcm terperasan alarm aku bunyik, tgh mamai2 tu aku nampak mr p tutup alarm aku.
Pas tu aku tido. *padan muka sapa suruh tido*
The next thing I knew, mr p kejut aku “bangun, dah kol 6 ni”
MELOMPAT LA IOLSSSSSS
Kol 6 lambat hokey…..
Mcm lipas kudung aku dlm rumah.
Mesin baju
Buat brunch bebudak
*nasib korang mintak sandwich telor jek, kalau nasi dgn lauk, pengsan!*
Buat breakfast and lunch mr p
*herbalife je kot.. kecoh kemain kau konot, mcm nak masak nasi beriyani je bunyik*
Basuh pinggan and kemas dapur
Prepare brg2 bebudak.
Buang sampah
Sidai baju.
Mandi and siap pegi keje.
Kol 7.20 aku baru hegeh2 nak sidai baju. Nasib la mesin tak sampai 10 helai..so sidai pun cepat.
Tapi saya berjaya jugak sampai opis on time *bangga ok!!*
Ni la alarm aku hari2. Kalau agak2 keje byk, kol 5 *tambah 10 minit snooze* tu jugak aku bgn. Kalau agak2 nak masak senang2, aku lanjutkan lagi tido sampai kol 5.30.. kah kah kah…
Oh.. yg 5.15 pm tu aku bantai tido kat surau semlm.. sakit kepala uols!
Ok ni citer last week.
Last week kan aku cuti, sebab mr p pegi dubai. Balik dubai, harus la bawak buah tangan untuk kami anak beranak.
Tapi sebab dia sampai kl jemaat petang, balqis blom balik skolah. So dia suruh smorang tunggu sampai balqis balik baru bulih bukak hadiah.
Aisehhh.. tak sabar niehhh..
So balqis balik je, smorang pakat kerumun mr p.
Dia pun bok kuar satu2..
“ni kak qis punya…ni adik punya”
Toys, stationaries for each
“ni kak qis punya, ni adik punya, ni mama punya”
Baju hardrock for each
Heheh.. tenkiu! Suker iols!
Pas tu….
Pas tu….
Mr p kata lagi….
“NI MAMA PUNYA!” sambil kuarkan kotak..
Walaupun x nampak isi lagi, aku dah sengih2 dahhhh
Aku bukak kotak luar (ada kotak dlm lagik), nampak label kat kotak dlm, terus iols jerit gumbira!!!!
Bukak kotak dlm, nampak isi dlm kotak, lagikkkk la iols melompat bintang!!!
Pas tu, ios nak la ambik kamera kan….nak kepoh lettewww..
Pas tu, terus mr p cakap
“Hah jgn gatal nak update dlm belog!”
Aisey.. terbantut niat iols!
Baik bang.. saya menurut perintah :p
Sori la korang ye…iols isteri mithali..laki tak kasik saya tak buat
*muntah ijo*
p/s – no, bukan henbeg!
Ni tempias cerita last week..
Sila tengok keadaan bilik main Sofeya sebelum dah selepas..
Gambar sebelum
Aku post gambar ni kat FB, haaa kauuu.. kemain ramai terkejut beruk tgk bilik ni. Now you know why I always kena sampuk tarzan kan?
Nak kemas ni took me half day. Nasib la lepas pindah Shah Alam nanti tak de dah bilik main. Semua toy aku minimize sampai jadi 4 kotak jek. Pas tu masuk bilik tido anak2.
Cinderela tgh menyapu
salam CP Konot,
ReplyDeletehihihih mcm pernah ku lihat keadaan bilik seperti itu..tapi di mana ya...
baru last sunday i buat kerahan tenaga suruh my boys kasi kemas bilik diorang..tak sampai setgh jam masing2 komplen dah penat.. seperti biasa mommy membebel tak abis2 lah kan lepas tu..hehehe..
Mcm pernah tgk eh? Adakah pemandangan sebegini normal utk kita yg dah beranak pinak? Hihihi
ReplyDelete