Pages

09 August 2012

Ramadhan 2012

Baru tersedar yang aku tak pernah apdate gambar or menu berbuka / sahur sepanjang Ramadan. Sibuk dgn citer brenti keje, citer ramadan ntah ke mana.

Nothing special kot.

As usual, niat nak memasak at least one dish tak kesampaian.

Kasik chan, sementara ada maid ni aku guna habis2an. Esok2 tak de maid ai masak ye bang? *ceh dan dan kau panggil bang ye??*

Tapi part sahur anak beranak memang aku buat sendiri.

Aku dgn mr p memang sahur herbalife. Cepat, senang and kenyang.

So tinggal aku nak pk menu apa utk balqis je la.

Normally aku akan tanya dia the night before, nak sahur apa. Boleh prepare awal2.

Usual menu adalah

Burger special (burger and cheese balut with telur)

Egg mayo sandwich (wah kemain nama konot, padahal kat rumah panggil sandwich telor je)

Nasi goreng (tapi perut balqis tak boleh masuk nasik pagi2, selalu tak habis)

Roti goreng (balqis bagi nama ni, but its actually roti celup telur, goreng, kepit cheese in between)

Maggie goreng (mak pemalas, I know)


Dok rotate situ2 je la…

Gambar ilek... time sahur i'm too sleepy to even think where the camera is.


Balqis Alhamdulillah puasa penuh. Only on second day aku bagi dia bukak sbb gastric pulak. Penangan makan sambal for berbuka the day before. Considering esoknya (Monday) ada exam lagi, so aku bagi la bukak.

Lain2 hari, dia ngadu sakit kepala, penat, letih, lapar, kitorang bo layan!!!

But Alhamdulillah la budak ni, memang senang. Kejut sahur senang. Suruh puasa pun senang.


Sofeya, memang la tak start posa lagi kan. Dia pun belum nak paham erti puasa. Memula dulu kalau tgh suap dia makan, di paksa nya kita makan sekali. Aku cakap “mama puasa” dia reply “ala sikit je!”

Tapi lama2 ni mcm dah faham sikit. Dah paham yang kita tak boleh makan/minum kalau puasa. But she will say “tapi adik kecik lagi kannnnn, nanti dah besar mcm kak qis adik tak makan la”

Comel.


Kesayangan saya


Few more days nak raya. Tak terasa kan?

Baju raya budak2 dah setel. Ihsan MIL aku jahit.

Baju raya mak bapak blum setel. Ikut aku, pakai je apa yang ada. Ikut mr p, at least nak kena ada jugak sepasang.

Ai ok jewww….


On other note..

Ephyra stock dah sampai. Promo price until raya is RM190 inclusive delivery. Sila click kat gambar on the left to to read my review.

Ada yang kata, nak tengok kulit aku in real life, takut gambar dlm blog aku edit.

Cettttt…

Masalahnya aku tak reti edit. Kalau reti, gambar2 aku dlm blog semua stok2 lawa mcm Neelofa.


Paham?

What you see is what you get.

But agak2 err... mcm kulit aku, masih ada parut lama, jerawat sebulan sekali masih naik. Dah product pun bukan mahal kedebabom.

Kalau nak floles gojes, sila la ambik injection vitamin C tu selang sehari. :p



No comments:

Post a Comment