06 September 2013

USS Trip & 6th Wedding Anniversary

Assalamualaikum,


Wah wah.. dah masuk tahun ke 6 ni nampak gaya post utk wedding anniversary pun sebulan lambat, pas tu combine dgn post lain plak tuh.


Ish ish ish.



Harap2 esok dah masuk 10 tahun aku tak lupa la kot. Mihmihmih.



Raya ketiga lepas kot, kitorang buat trip ke Singapore empat beranak. Saja la bawak bebudak jalan dah cuti 2 minggu ni kan. Kali ni lain sket from the previous Singapore trip (wah annual trip kewwww) sebab kitorang tido kat Singapore instead of JB.

So pagi2 selepas subuh bertolak dari Melaka. Sampai terus ke USS dlm kol 10. Just nice. Tapi dah nama cuti sekolah (Singapore pun cuti sekolah as well), hari Sabtu plak tuh, umat manusia sangat lah ramai. TERSANGAT ramai.


Thanks to VIP Pass (or Fast pass? ntah apa nama yg boleh skip queue tu). Kalau tidak mau lusa baru boleh balik.




Ini queue nak ambik tiket sahaja.




Nak tengok map ... errr..sambil pit stop minum dulu..







Memang ramai sangat orang. We had heavy breakfast, and brought some snacks. Bertahan tak makan sampai lewat petang. Keluar2 tu terus serbu Nasik Ayam Mckenzie.


Tak de apa nak cerita sangat pun kat sini. Pretty much the same rides, cuma ada 1 or 2 rides baru. Balqis yang 1st time naik Transformers terus excited sampai 2 kali naik! 



Memula cam takut. "Maaaa!!! qis nervous ma!!"


Hok eleh... nervous lah sangat. Dah habis tu terus nak naik lagik!



Ada satu kisah lawak. 


Sofeya ni, last trip pegi USS, excited naik roller coaster. So bila datang ni, aim dia satu je, naik naik roller coaster.




Tinggi dia plak ngam2 lepas nak naik. Memula mr p tak kasik naik. Takut terkeluar plak from the kerusi tuh. Tapi Sofeya buat muka muncung sepanjang2 kitorang kat sana. Selagi x dpt naik selagi tu dia tarik muka.

Last2, fine.. kasik je la.


Excited kemain.


Menjerit gelak kegumbiraan, sehinggalah....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Roller coaster tu menjunam ke  bawah!



TERUS MUKA PUCAT CUAK TAK TERKATA!!!!! TERDIAM SERIBU BAHASA



Aku panic jap, takut budak ni pitam. 


"Sofeya u have to scream!! jerit kuat2!!!!"

"ahhh????"


"JERITTTTT!!!!!"


"aaaa..... TOLONGGGGGGGGGGG!!!"
"NAK TURUN!!!! TOLONGGGGGGGGGGGGG!!!!"


eh???


Tersembur ailio kite gelak tau! hahahhaha. Tu la, eksyen sgt tarik2 muka kalau tak dpt naik. Ni dah dpt naik.. mintak tolong siap nak turun!




Naik mery go round je la dik... hehehhe



Keluar USS petang, pegi check in kat hotel. Kitorang book V Hotel. Saja nak try sbb baru bukak 6 hari.

Review : HAMPEH. Toksah pegi la. Malas citer panjang.


Lepas check in, pegi late lunch-dinner kat Nasi Ayam Mckenzie. Femes jugak tempat ni. Sedap dan cepat. Gambar tak de, dah kebulur.


Malam memula nak pegi night safari. Dah drive kemain jauh, sampai2 jek tengok orng beratur kemain panjang. 1 kilometer tak lari la. Serious. Dah camtu, marilah kita pulang ke pangkuan hotel. Tido adalah lebih afdal.



Esoknyer, (11 August) anniversary aku dgn mr p. Tak de la celebration apa2. Cuma kitorang singgah JPO.





First time sebenarnya sampai sini.


Tak de la shopping apa sgt. Saja nak tengok2. Nice place. Tambah cuaca sejuk sbb lepas ujan. But betul la mcm org kata, tak de la murah mana. Especially kalau compared dgn outlet kat US, or beli online. But then again, bila mana kau nak pegi US? and order online pun dlm 3-5 weeks baru dpt.


Tak de shopping apa2 pun, beli jugak la sket2.. kata anniversary kekdahnyer.....



Balik from JPO singgah melaka and stayed another night. Isnin pagi baru balik KL.



Best lah trip ni. Dpt spend time dgn family. Cumanyer ramai org tu tak tahan. Tapi nak buat acaner kan, dah nama cuti skolah.



Next post (yang entah bila trip ke jakarta plak ye).








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...